Who's Online

We have 11 guests online

UTUSAN ONLINE


Ads on: Special HTML

PELAJAR CEMERLANG

-Sedang Dikemaskini-

MUTIARA KATA

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."



Ads on: Special HTML

FASA BULAN


Ads on: Special HTML


PUSAT SUMBER

PENGENALAN KEPADA PUSAT SUMBER SMK MUHIBBAH

Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.  Matlamat utama pusat sumber sekolah adalah untuk menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuh pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

 

SEJARAH

Pusat Sumber  SMK Muhibbah, Sandakan dibuka pada bulan Disember 1991 bersamaan dengan penubuhan sekolah yang memiliki dua bangunan utama.  Pada ketika itu pusat sumber terletak di sebuah bilik darjah di bangunan Blok Papan.

Pada tahun 1996, Pusat Sumber berpindah ke tingkat dua bangunan akademik sekolah.  Keluasan PSS menyamai keluasan 3 bilik darjah.  Di dalam pusat sumber ini, terdapat ruang bacaan, ruang rujukan, kaunter punjaman dan pemulangan, bilik BBM dan bilik diskusi.

Walaupun dalam kekurangan, hasil dari kerjasama yang erat antara para guru dan pentadbir, kemudahan asas dan jenis bahan bacaan yang dapat disediakan oleh Pusat Sumber semakin bertambah dan bervariasi jenisnya.  Kini selepas 15 tahun, terdapat aneka jenis kamus, buku-buku cerita NILAM, novel, buku-buku rujukan pelbagai subjek, majalah dan ensiklopedia dan banyak lagi yang pastinya akan dapat melahirkan seorang individu yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi luas ilmu pengetahuannya.

Seiring dengan perkembangan teknologi, sistem peminjaman dan penyimpanan buku telah dipertingkat lagi keberkesanannya melalui penggunaan sistem komputer.  Pusat Sumber juga kini meluaskan lagi fungsinya dengan menjadi medan maklumat bagi koleksi Perisian Pengajaran (Teaching Courseware) untuk subjek-subjek yang terlibat dalam program PPSMI seperti Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

 

PENYELARAS PUSAT SUMBER

1.  En Magain                                - 1991 - 1999

2.  En Ang Pun Sun                       -  1999 - 2003

3.  Pn Nor Afiza Ibrahim                -  2004 - 2007

4.  Cik Norshazilawati Zaman         -  2008 - 2010

5.  Pn Bazlina Azmi                      -  2010 - 2011

6.  Pn Wan Zainidah Tun Sulong    -  2012 - 2013

7.  Cik Vijayasarmini Veeraperumal - 2014 - sekarang

 

MASA AMAT BERHARGA

CUACA HARI INI

BANCIAN PENGGUNA

Sila pilih kekerapan anda melayari laman web sekolah.
 


“When we plant trees, we plant the seeds of peace and the seeds of hope” - Wangari Maathaii

 

Ikuti kami di :



UNDIAN

Pendapat anda tentang laman web ini?
 

BILANGAN PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday40
mod_vvisit_counterYesterday177
mod_vvisit_counterThis week806
mod_vvisit_counterLast week1579
mod_vvisit_counterThis month3786
mod_vvisit_counterLast month5650
mod_vvisit_counterAll days549191

Online (20 minutes ago): 2
Your IP: 54.196.72.162
,
Today: Oct 19, 2017