Login Form



Who's Online

We have 34 guests online

UTUSAN ONLINE


Ads on: Special HTML

PELAJAR CEMERLANG

-Sedang Dikemaskini-

MUTIARA KATA

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."



Ads on: Special HTML

FASA BULAN


Ads on: Special HTML


SELAMAT DATANG KE LAMAN MUHIBBAH!
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SMK MUHIBBAH KE KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Monday, 14 April 2014 12:17

Pendidikan Khas SMK Muhibbah Sandakan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 07 hingga 12 April 2014.  Lawatan ini disertai seramai 20 orang murid pendidikan khas, 10 orang guru pendidikan khas dan dua orang pembantu pengurusan murid. Dengan tema Journey To The West, lawatan ini telah berjaya membawa rombongan ke tempat-tempat menarik seperti Kidzania Kuala Lumpur, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Sunway Lagoon, Cruise Tasik Putrajaya, Dataran Merdeka dan i-City.  Pembelajaran melalui pengalaman seperti ini sangat berkesan dan mampu memberi idea dan pengalaman baru kepada murid dan juga guru.  Menaiki Bas Hop On Hop Off pula adalah pengalaman menarik dan pertama kali kepada semua peserta rombongan. Terima kasih kepada penaja-penaja seperti KL Hop On Hop Off, McDonald, The Chicken Rice Shop, Yazid Burger Bakar dan Pemuda UMNO Putrajaya.

Last Updated on Wednesday, 16 April 2014 15:05
 
PENDIDIKAN KHAS SMK MUHIBBAH MENJUARAI KEJOHANAN MSSB SANDAKAN 2014
Friday, 04 April 2014 09:26

Pada 1 April 2014 (Selasa), berlangsungnya Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat MSSB Zon Sandakan yang diadakan di Kompleks Sukan Sibuga Sandakan.  Kejohanan ini disertai oleh 4 buah program pendidikan khas integrasi sekolah menengah dan 5 buah program pendidikan khas integrasi sekolah rendah.  Pendidikan Khas SMK Muhibbah telah menjuarai kejohanan ini dengan pungutan 9 pingat emas dan bakal menghantar atlet ke kejohanan sukan peringkat negeri akan datang.  Syabas kepada semua guru dan pelajar pendidikan khas yang telah beraksi cemerlang semoga Pendidikan Khas SMK Muhibbah dapat mencipta kemenangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Last Updated on Friday, 04 April 2014 09:41
 
KELAS MUZIK SMK MUHIBBAH SANDAKAN PADA MASA CUTI SEKOLAH
Tuesday, 25 March 2014 19:36

Syabas kepada cikgu Wong Shung Shung dan cikgu Lau Xin Jie yang telah berjaya memberi kemahiran kepada pelajar-pelajar senior muzik.  Pada 25 MAC 2014, kelihatan pelajar-pelajar senior memberi bimbingan dan tunjuk cara kepada pelajar-pelajar junior.  Satu usaha yang amat membanggakan.  Terima kasih kepada guru-guru muzik hebat dan juga kepada guru-guru muda muzik SMK Muhibbah.

Last Updated on Tuesday, 25 March 2014 19:47
 
KURSUS TEKNIK MEMBACA OLEH PANITIA BAHASA CINA SMK MUHIBBAH SANDAKAN
Tuesday, 25 March 2014 19:17

Kursus teknik membaca Bahasa Cina telah dikendalikan oleh Cikgu Liew Yuen Vun kepada pelajar-pelajar SMK Muhibbah pada 25 MAC 2014 (Selasa) semasa cuti pertengahan penggal.  Pelajar-pelajar telah mempelajari kemahiran mengenalpasti isi-isi penting semasa membaca.  Syabas kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.  Semoga pelajar-pelajar berjaya menguasai kemahiran yang amat penting dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran dan peperiksaan!  Terus berusaha dan semoga perolehi kejayaan cemerlang.

Last Updated on Tuesday, 25 March 2014 19:28
 
PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS CERPEN 2013 PERINGKAT NEGERI
Tuesday, 25 March 2014 13:55

Tahniah kepada adik Shamie Amira Binti Juhuri kerana terpilih sebagai salah seorang pemenang Tahap 1 Pertandingan Menulis Cerpen 2013 anjuran Perpustakaan Negeri Sabah dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka cawangan Sabah & Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.  Pelajar ini telah mendapat hadiah cek RM1,000.00.  Jika adik Shamie Amira boleh mencipta sejarah kecemerlangan untuk dirinya, pelajar-pelajar lain juga diharapkan dan didoakan dapat mencipta kecemerlangan untuk diri, keluarga dan negara.

Terima kasih kepada Cikgu Normadiah Ali Putus yang telah membimbing pelajar ini.

 
PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF BAHASA CINA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI 2013
Tuesday, 25 March 2014 09:28

Pelajar-pelajar SMK Muhibbah sekali lagi mengharumkan nama sekolah melalui pencapaian cemerlang mereka dalam penulisan karya kreatif Bahasa Cina kategori sekolah menengah peringkat negeri 2013.

Tahniah kepada adik Lee Yun Khen yang memperoleh sijil pencapaian cemerlang kategori cerpen menengah atas peringkat negeri 2013!

Tahniah kepada Cassandra Chai dan Yap Vun Xin yang memperoleh pencapaian baik kategori cerpen menengah rendah peringkat negeri 2013.

Cassandra Chai                                                    Yap Vun Xin

Syabas kepada Cikgu Liew Yun Vuen yang berjaya membimbing pelajar sehingga mencapai kecemerlangan dalam penulisan cerpen!  Terima kasih, cikgu.

Last Updated on Tuesday, 25 March 2014 09:38
 
MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2014
Friday, 14 March 2014 12:29

 

Tahniah kepada guru-guru pendidikan khas kerana telah bertungkus lumus menjayakan program MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2014 bermula 10 Mac hingga 14 Mac 2014.  Antara program yang dijalankan sepanjang minggu ialah gerai jualan PAV, pertandingan mewarna, pertandingan karaoke, pertandingan membaca berita, persembahan fesyen, derma darah dan screening kesihatan. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua. Jumpa lagi tahun hadapan.

Last Updated on Friday, 14 March 2014 12:52
 
Mesyuarat PIBG kali 1/2014
Wednesday, 26 February 2014 07:54

Mesyuarat PIBG kali 1/2014 telah diadakan pada 22/2/2014 yang dipengerusikan oleh Tn Hj Salzo Hj Asa. Terima kasih di atas kehadiran ahli-ahli jawatankuasa PIBG SMK Muhibbah, Sandakan. Pembentukan AJK dan pembentangan aktiviti Green Flag & International School Workshop telah dibuat oleh Cikgu Lam Tee Jye.

 

fb-smkmh

 
Pusat Sumber Kini Lebih Ceria
Wednesday, 26 February 2014 07:49

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pengawas pusat sumber dan semua guru yang telah bertungkus lumus menceriakan pusat sumber sekolah. Syabas! — with Chinta Akhma Belle and Shue Hada.

fb-smkmuhb

Last Updated on Wednesday, 26 February 2014 07:53
 
AL FATIHAH...
Tuesday, 25 February 2014 11:55

AL FATIHAH kepada bekas pelajar smk muhibbah allahyarham Shazwan Hazlami bin Sharidzuan, 23, from Taman Indah Jaya, Sandakan.

 
MAKLUMAN BIASISWA PELAJAR
Friday, 24 January 2014 10:40

PENGUMUMAN

Kepada semua pelajar SMK Muhibbah.

Tarikh akhir penghantaran borang biasiswa ialah pada 29 Jan 2014 bersamaan pada hari rabu, minggu depan. Sila hantar borang yang lengkap berisi dan semua dokumen mestilah disahkan benar kepada guru kelas masing-masing. Pelajar boleh berjumpa dengan Cikgu Hailen jika mempunyai kemusykilan dan pertanyaan lanjut.

 
SEKITAR MESYUARAT PIBG 2014
Saturday, 18 January 2014 23:35

Last Updated on Saturday, 18 January 2014 23:43
 
Aktiviti Pelajar Tingkatan 6
Thursday, 16 January 2014 23:03

 
HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2014
Wednesday, 08 January 2014 19:39

Hari pertama sesi persekolahan 2014. Pada 2hb Januari bersamaan hari khamis, perhimpunan pertama kali diadakan di SMK Muhibbah. Ianya dilangsungkan sebagai tanda bermulanya sesi persekolahan bagi tahun ini.

Last Updated on Wednesday, 08 January 2014 19:54
 
ATLIT PENDIDIKAN KHAS SMK MUHIBBAH CEMERLANG DI SUKAN SPECIAL OLYMPICS ASIA PACIFIC GAMES
Tuesday, 07 January 2014 14:06

Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian 8 Emas, 5 Perak dan 4 Gangsa oleh Pelajar Pendidikan Khas SMK Muhibbah yang telah mewakili negara ke Special Olympics Asia Pacific Games yang telah berlangsung di Newcastle, Australia.  Seramai 8 orang pelajar dan 2 orang guru pendidikan khas sekolah kita telah bertolak ke Australia pada 28 November hingga 9 Disember untuk mewakili Malaysia.  Syabas dan tahniah kepada pasukan sekolah yang mewakili Sabah seterusnya berjaya mengharumkan nama Malaysia di temasya sukan yang berprestij ini.

Last Updated on Tuesday, 07 January 2014 14:28
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 6 of 29

MASA AMAT BERHARGA

CUACA HARI INI

BANCIAN PENGGUNA

Sila pilih kekerapan anda melayari laman web sekolah.
 


“When we plant trees, we plant the seeds of peace and the seeds of hope” - Wangari Maathaii

 

Ikuti kami di :



UNDIAN

Pendapat anda tentang laman web ini?
 

BILANGAN PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday74
mod_vvisit_counterYesterday221
mod_vvisit_counterThis week1126
mod_vvisit_counterLast week1213
mod_vvisit_counterThis month2754
mod_vvisit_counterLast month6396
mod_vvisit_counterAll days561401

Online (20 minutes ago): 4
Your IP: 54.163.61.66
,
Today: Dec 16, 2017