Login Form



Who's Online

We have 14 guests online

UTUSAN ONLINE


Ads on: Special HTML

PELAJAR CEMERLANG

-Sedang Dikemaskini-

MUTIARA KATA

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."



Ads on: Special HTML

FASA BULAN


Ads on: Special HTML


SELAMAT DATANG KE LAMAN MUHIBBAH!
PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM 2015
Monday, 16 March 2015 06:11

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform telah dilaksanakan dengan jayanya dari 13 - 15 Mac 2015 di SMK Muhibbah.  Perkhemahan tahun ini diselaraskan oleh Cikgu Ghapar selaku Penyelaras Badan Beruniform dan Cikgu Fidelis, Kem Komandan.  Seramai 230 pelajar yang telah terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik sepanjang perkhemahan ini - mendirikan khemah, Kembara Malam, Cabaran Muhibbah, Sukaneka, Malam Kebudayaan, Pertandingan Memasak, Gotong Royong, Kawad Kaki dan sebagainya.  Pelajar-pelajar Katering juga telah terlibat bersama menyediakan makanan sebagai sebahagian daripada aktiviti 'on-job training' mereka.  Satu lagi program bagi merealisasikan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia!  Syabas dan terima kasih kepada semua guru, fasilitator Pra U dan peserta yang terlibat.  Selamat bercuti!

 
Projek Mengharumkan Tandas Sekolah
Thursday, 05 March 2015 12:04

Skuad Kebersihan (Bilik Segar) telah menjalankan satu projek mengharumkan semua tandas di SMK Muhibbah dengan membuat potpuri berasaskan daun pandan dan daun serai wangi yang diperolehi di taman herba sekolah. Aktiviti ini merupakan salah satu program di bawah Kelab Eco School.  Objektif program ini adalah untuk memberikan sedikit pendedahan kepada pelajar tentang kegunaan daun pandan sebagai penyah bau di tandas.  Syabas kepada ahli-ahli skuad dan guru pembimbingnya Cikgu Siti Sabarina Paiman.

Last Updated on Monday, 09 March 2015 07:58
 
CAREER & EDUCATION FAIR
Thursday, 05 March 2015 09:48

Perhatian kepada semua warga sekolah dan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM.

Pada 9 April 2015, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Muhibbah akan mengadakan "Career & Education Fair" bertempat di tapak perhimpunan SMK Muhibbah.  Pelajar lepasan SPM dan STPM amat dialu-alukan untuk hadir bagi mendapatkan maklumat dan pendedahan tentang pendidikan dan kerjaya.  Pelbagai agensi swasta dan kerajaan akan terlibat dalam pameran ini.  Anda semua dijemput hadir bagi mendapat maklumat halatuju selepas SPM dan STPM.  Ibubapa juga turut dijemput bersama bagi memeriahkan program ini.

Last Updated on Sunday, 05 April 2015 16:07
 
Kelab Pengguna Sekolah Johan Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna
Wednesday, 04 March 2015 14:55

Syabas dan tahniah kepada pasukan SMK Muhibbah yang menjadi johan dalam Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Sabah peringkat daerah pada 28 Februari yang lalu. Pertandingan ini telah di adakan di Scout Nature Park, Batu 4, Sandakan bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang.

SMK Muhibbah yang diwakili oleh 4 orang pelajar iaitu Junari Binti Sulaiman, Ardisyah Bin Doksai, Faizatul Munirah Binti Mohd  dan Muhammad Saifullah Bin Saple telah muncul sebagai juara dan akan mewakili Daerah Sandakan ke Peringkat Negeri bertempat di Ranau . Semoga mereka Berjaya di peringkat negeri nanti.  Terima kasih kepada guru pembimbing dan pengiring kepada pasukan ini iaitu cikgu Mar Chei Pin.

Last Updated on Saturday, 07 March 2015 07:13
 
Pelajar Cemerlang STPM SMK Muhibbah
Wednesday, 04 March 2015 12:15

Pada 2 Mac 2015 yang lalu, kepurusan STPM tahun 2014 telah diumumkan dan pelajar SMK Muhibbah merupakan antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tahun 2014. Supiah Binti Mohamad telah mengharumkan nama SMK Muhibbah kerana telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang iaitu dengan PNGK 4.00.

Beliau di antara 16 pelajar yang tercalon sebagai pelajar cemerlang STPM 2014 peringkat negeri Sabah telah di raikan pada 3 Mac 2015 dalam Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2014 di Kota Kinabalu. Sijil telah disampaikan oleh Pengarah JPN Sabah, Datuk Jame Alip.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Henry Kwan, semua guru Tingkatan 6 dan seluruh warga SMK Muhibbah yang telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar STPM 2014. 

 

Datuk Jame Alip menyampaikan anugerah kepada Supiah Bt Mohamad pelajar Cemerlang STPM tahun 2014 SMK Sandakan.

Barisan pelajar Cemerlang STPM negeri Sabah bersama pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

 

Supiah bersama Penolong Kanan Tingkatan 6 , Encik Henry Kwan serta guru tingkatan 6.

Last Updated on Saturday, 07 March 2015 07:20
 
Sunway-Oxbridge Essay Competition..
Tuesday, 24 February 2015 07:38

Sunway-Oxbridge Essay Competition is back again!

  • Open to all secondary school students (Form 1 to Form 5) who are currently enrolled in any secondary school that adheres to the Malaysian education syllabus.
  • Age group for the contesting categories are:-
    • Category A: Form 1 – 3
    • Category B: Form 4 – 5

 

Essay Topic

Category A: Form 1 -3
Write an essay in 350 words or less on the effects of gambling.

Category B: Form 4-5
In 650 words or less, tell us why people should quit gambling.

Submission Method

Step 1: Log on to www.sunway.edu.my/essay.
Step 2: Fill in the submission form with your personal details, including full name (as per MyKad), MyKad/ Passport No., Contact/ Mobile Number, E-mail, Home Address, School Name, Parent’s/ Guardian’s Name, Mobile Number and E-mail).
Step 3: Select which category you belong to :

  • Category A: Form 1 – 3
  • Category B: Form 4 – 5

Step 4: Send in your essay into the form provided

 


Step 5: Select how did you find out this competition
Step 6: Check the box indicating you have read our terms and conditions & have received parental consent to join the essay competition.
Step 7: Answer the math questions so we know you are a real human behind the desk.
Step 8: Once you have submitted your entry, please share the news with your friends on Facebook or Twitter.

Last Updated on Wednesday, 25 February 2015 12:46
 
Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2015
Tuesday, 10 February 2015 07:41

New layer...
layer
Last Updated on Wednesday, 04 March 2015 12:11
 
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Tuesday, 10 February 2015 07:38

Kursus Pembelajaran Abad ke-21(FASA 1) telah berlangsung pada 4 Februari 2015 melibatkan semua guru SMK Muhibbah.  Terima kasih yang tak terhingga kepada En Mazlan Mohd Yusof, SISC+ Matematik PPD Sandakan.  Syabas kepada semua guru yang menghadiri slot latihan dalam perkhidmatan ini.  Marilah kita sama-sama merealisasikan PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia).

Last Updated on Monday, 16 February 2015 16:27
 
Program Kepimpinan Pelajar SMK Muhibbah Tahun 2015
Tuesday, 10 February 2015 07:25

Pada 31 Januari 2015 yang lalu telah berlangsung Program Kepimpinan Pelajar bertempat di SMK Muhibbah, Sandakan yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dan guru-guru penasihat Pengawas serta Skuad.  Program ini melibatkan 290 orang pelajar dan 33 orang guru dari pelbagai unit.  Antara objektif program ini adalah untuk melatih lapisan pemimpin dalam kalangan pelajar yang mempunyai kemahiran abad ke 21 termasuklah berfikir aras tinggi, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi.  Program ini dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak. Slot bermula seawal 6.30 pagi dan tamat pada 11.30 pagi. Antara pengisian program ialah LDK (Latihan dalam kumpulan ke arah penyelesaian masalah menggunakan KBAT), Environmental Scanning dan Menjana Pelan Tindakan dan Taklimat berkaitan tugas.  Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.  Syabas kepada barisan pemimpian pelajar yang berjaya mengikuti dan melibatkan diri dalam aktivit-aktiviti yang disediakan dengan penuh semangat.  Semoga pelajar-pelajar dapat merealisasikan 6 aspirasi pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Last Updated on Monday, 16 February 2015 16:26
 
PEMULANGAN BUKU TEKS BAGI PELAJAR TINGKATAN 5 TAHUN 2014
Tuesday, 03 February 2015 11:36

Perhatian kepada pelajar SMK Muhibbah tahun 2014, sila pulangkan buku teks anda dengan kadar segera kerana sekolah amat memerlukan buku tersebut untuk kegunaan pelajar lain. Diharap pelajar yang terlibat dapat mengambil tindakan segera.

Sekian,

Terima kasih.

Last Updated on Tuesday, 03 February 2015 11:36
 
Iklan.
Thursday, 13 November 2014 11:30

 
Latihan Dalam Perkhidmatan 2014
Wednesday, 12 November 2014 20:45

Sesi LDP dan perancangan aktiviti untuk tahun hadapan.

 
Jamuan Akhir Tahun 2014
Wednesday, 12 November 2014 20:42

Jamuan yang amat bermakna bagi meraihkan penat lelah guru-guru Smk Muhibbah, walaupun hanya diadakan di perkarangan sekolah namun cukup meriah dan menyelerakan.

 
PROGRAM PERTANDINGAN KUTIPAN 1M3KG 2014 ANJURAN SKUAD KEBERSIHAN SMK MUHIBBAH
Tuesday, 11 November 2014 07:55

Pada 17 hingga 27 Oktober 2014 yang lalu, Program Pertandingan Kutipan Bahan Kitar Semula 1M3KG telah dijalankan.  Secara keseluruhannya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Jumlah keseluruhannya berat kutipan bahan kitar semula pada tahun ini ialah 3,634.9 kg iaitu meningkat sebanyak 37.3% berbanding tahun 2013 hanya sebanyak 2,647.6 kg.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dan tahniah kepada para pemenang.  Hasil penjualan bahan kitar semula ini akan dimasukkan kedalam tabung SERASI sekolah.

Last Updated on Tuesday, 11 November 2014 09:54
 
Jadual Peperiksaan Penggal 2, 2014
Friday, 05 September 2014 00:05

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 4 of 29

MASA AMAT BERHARGA

CUACA HARI INI

BANCIAN PENGGUNA

Sila pilih kekerapan anda melayari laman web sekolah.
 


“When we plant trees, we plant the seeds of peace and the seeds of hope” - Wangari Maathaii

 

Ikuti kami di :



UNDIAN

Pendapat anda tentang laman web ini?
 

BILANGAN PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday71
mod_vvisit_counterYesterday221
mod_vvisit_counterThis week1123
mod_vvisit_counterLast week1213
mod_vvisit_counterThis month2751
mod_vvisit_counterLast month6396
mod_vvisit_counterAll days561398

Online (20 minutes ago): 1
Your IP: 54.163.61.66
,
Today: Dec 16, 2017