Login Form



Who's Online

We have 34 guests online

UTUSAN ONLINE


Ads on: Special HTML

PELAJAR CEMERLANG

-Sedang Dikemaskini-

MUTIARA KATA

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."



Ads on: Special HTML

FASA BULAN


Ads on: Special HTML


SELAMAT DATANG KE LAMAN MUHIBBAH!
PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Tuesday, 13 September 2011 09:07

 

Pada hari ini (Selasa, 13 September 2011) Pertandingan Nyanyian/Karaoke Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah.  Pertandingan yang mempertaruhkan lagu-lagu patriotik telah berjaya menarik penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar.  Aktiviti sebegini selain dapat mencungkil bakat nyanyian pelajar ia juga dapat menanamkan rasa cinta terhadap negara.  Siapa sangka SMK Muhibbah mempunyai ramai pelajar yang berbakat dalam seni suara. Walaupun dalam keadaan berpanas dek cahaya matahari pagi, pertandingan berjalan dengan lancar dan terkawal. Syabas kepada penganjur dan semua guru yang terlibat.

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:46
 
PELANCARAN MINGGU KO-KURIKULUM DAN UNIT-UNIT TINGKATAN 6
Monday, 12 September 2011 08:54

Bertempat di tapak perhimpunan SMK Muhibbah, Pelancaran Minggu Ko-Kurikulum dan Unit-Unit Tingkatan 6 telah diberlangsung dengan meriah dan dirasmikan oleh Puan Pengetua Cik Lim Li Li.  Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar Tingkatan 6 seperti silat pembukaan, koir, tarian dan juga persembahan menarik dari kumpulan muzik caklempong yang mendendangkan lagu-lagu hari raya.  Pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu ini antaranya ialah Pertandingan Kolokium Peringkat Sekolah dan Peringkat Bahagian Sandakan, pameran persatuan/kelab/unit beruniform tingkatan 6 serta sukaneka gabungan Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas.

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:47
Read more...
 
PERTANDINGAN BUSANA KEMERDEKAAN 2011
Monday, 12 September 2011 00:11

Pertandingan busana sempena kemerdekaan begitu meriah apabila mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dikalangan pelajar. Aktiviti ini telah berlangsung pada 6 September 2011 (Selasa) di tapak perhimpunan sekolah.  Pada setiap tahun pertandingan busana adalah aktiviti yang amat dinantikan oleh seluruh warga SMK Muhibbah.  Antara pakaian yang mendapat perhatian ialah busana kaum bugis, busana kaum tator, busana melayu dan busana kaum dusun.  Pertandingan ini turut dimeriahkan oleh murid-murid pendidikan khas dengan busana pelbagai kaum. Aktiviti ini menggambarikan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia. 1 Malaysia 1 Muhibbah!

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:48
 
WARGA SMK MUHIBBAH YANG PRIHATIN
Sunday, 11 September 2011 23:59

Kutipan derma untuk mangsa kebakaran di Kg Muhibbah batu 2 1/2 pada 31 Ogos 2011 iaitu pada hari raya ke-2 telah dijalankan untuk membantu dua orang pelajar yang terlibat.  Seluruh warga SMK Muhibbah mengucapkan takziah dan telah menghulurkan derma untuk membantu pelajar Nur Fadzillah (6 Atas Ekonomi) dan Evi Subir (6 Atas Perniagaan).  Diharapkan dana yang terkumpul dapat membantu meringankan beban.  Terima Kasih kepada warga Muhibbah yang prihatin.

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:48
 
MINGGU KOKURIKULUM PRA-U
Sunday, 11 September 2011 06:54

Minggu Kokurikulum pelajar Pra-Universiti SMK Muhibbah akan diadakan dari 12 - 15 SEPTEMBER 2011.  Antara aktiviti-aktiviti yang akan dibuat adalah pertandingan kolokium, pameran, sukaneka dan pertandingan bola tampar.  Syabas kepada guru-guru dan pelajar-pelajar pra-U yang telah berjaya membuat perancangan awal dan adalah diharapkan pelajar-pelajar pra-U akan mendapat manfaat optimum daripada aktiviti-aktiviti ini.

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:50
 
MUHIBBAH TEAM WOWED AUDIENCE AGAIN
Saturday, 10 September 2011 22:04

Once again, our Muhibbah team wowed the audience at Kim Fung Night Market on 10th September 2011 (Saturday night) when they performed their 'caklempong' musical pieces live.  Our team drew a huge audience whose curiousity and interests were captured by the beating of the bronze gongs.  Also seen in the crowd were Yang Berhormat Datuk Peter Pang, Yang Berhormat Datuk Hj Zakariah bin Hj Idris, Yang Berhormat Datuk Raymond Tan and Yang Berhormat Au Kam Wah and wife.  Well done to the Caklempong team.  We are proud of you for you have proven once again that Muhibbah is Number One.

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:50
Read more...
 
SOALAN-SOALAN PERCUBAAN DARI NEGERI-NEGERI LAIN
Monday, 05 September 2011 18:41

Salam Aidil Fitri.  Salam Merdeka Raya.  Salam 1 Malaysia.

 

Apa khabar warga SMK Muhibbah?  Baik-baik dan bersemangat merdeka harapnya.  Ingat, minda yang merdeka adalah minda yang membaca.

Bagi mereka yang sedang berusaha membuat persediaan pecutan akhir,  sila ke laman blog ini untuk download soalan-soalan peperiksaan percubaan dari negeri-negeri lain khasnya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris PMR dan SPM.


http://thewhitecallalily.blogspot.com/
http://banksoalanspm.blogspot.com/

 

Selamat mencuba.

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:50
 
MINGGU KEMERDEKAAN SMK MUHIBBAH
Wednesday, 24 August 2011 11:00

 

Kehangatan sambutan kemerdekaan dirasai dengan pelbagai aktiviti sepanjang minggu ini.  Bermula hari Isnin 22 Ogos, selepas dirasmikan oleh Puan Pengetua berbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah Pertandingan Deklamasi Sajak bertemakan kemerdekaan, Kuiz Kemerdekaan dan Pertandingan Melukis Poster.  Penyertaan dalam kalangan pelajar amat menggalakkan. Malah pelajar Pendidikan Khas juga tidak ketinggalan menyertai kuiz dan melukis poster sempena bulan kemerdekaan kali ini.  Semangat Kemerdekaan inilah yang kita harapkan daripada seluruh warga SMK Muhibbah. Selamat menyambut hari kemerdekaan.

 

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:52
 
PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN MATEMATIK PMR & SPM
Saturday, 20 August 2011 18:55

Sebanyak 4 kali perjumpaan telah dibuat setiap Sabtu oleh guru-guru panitia Matematik dengan pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 melalui kelas berfokus Matematik.  Terima kasih kepada guru-guru Matematik SMK Muhibbah yang begitu dedikasi dan komited dalam membimbing pelajar untuk menguasai kemahiran Matematik yang sukar.  Semoga pelajar yang gigih menghadiri kelas berfokus ini akan berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik!  Terus berusaha tanpa jemu kerana kejayaan datang kepada orang yang berusaha secara konsisten dan berterusan.

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:53
Read more...
 
PELAJAR SMK MUHIBBAH BERSEMANGAT KENTAL
Saturday, 20 August 2011 17:46

Pada 20 OGOS 2011 (Sabtu), pelajar-pelajar Tingkatan 5S1 & 5S2 telah menyertai bengkel teknik menjawab bagi mata pelajaran Fizik.  Walaupun peperiksaan EXCEL baru selesai pada hari Jumaat, semangat kental pelajar SMK Muhibbah begitu tinggi sehingga sanggup balik ke sekolah pada hari Sabtu untuk menimba ilmu.  Syabas kepada pelajar yang hadir kerana bengkel ini dirancang khas untuk anda!

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:54
Read more...
 
PROUD TO BE IN SMK MUHIBBAH
Wednesday, 17 August 2011 19:08

 

Students of Upper 6 were busy revising during an extra class held in June.  Thanks to Mdm Shim who dilligently and patiently facilitated and guided them.  Do you know any of them?  They are students of substance.  They each have a vision.  They know what they want.  They are determined to achieve their goals.  Bravo!  Keep up the good work.  We wish each of you the best!

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:54
Read more...
 
LAWATAN PEGAWAI DARI LEMBAGA PEPERIKSAAN BAGI MATA PELAJARAN MPV
Wednesday, 17 August 2011 18:19

Lawatan pegawai-pegawai dari Lembaga Peperiksaan bagi mata pelajaran Vokasional iaitu Katering & Penyajian dan Lanskap & Nurseri telah dibuat pada 15 OGOS 2011 ke sekolah kita.  Perkongsian dan tip-tip tentang pentaksiran berasaskan sekolah telah diberikan.

 

 

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:55
 
PUM SMK MUHIBBAH BERJAYA MELAYAKKAN PENYERTAAN KE KONVENSYEN PUM PERINGKAT NEGERI SABAH KALI KE-13
Tuesday, 16 August 2011 20:09

 

PUM SMK Muhibbah telah mencipta nama dengan berjaya melayakkan penyertaan ke Konvensyen ini dan merupakan wakil tunggal daerah Sandakan.  PUM SMK Muhibbah dengan nama Syarikat Cahaya Ilmu Sdn Bhd mula ditubuhkan pada 2 FEBRUARI 2010 telah ditadbir oleh lima orang ahli Lembaga Pengarah yang sangat berkaliber dan berdedikasi iaitu Mohd Musa Adivijaya bin Andi Matalatta, Asnia bt Abtu, Nuranis Syamimi bt Yusof, Umi Nurzahidah bt Mohd Kaslan, Ani bt Mohd Yasing dan Jezrael Jordon Johnny dan dibimbing oleh dua guru yang bersemangat tinggi dalam bidang keusahawanan iaitu Pn Nor Afia bt Ibrahim dan Pn Hasanah bt Md Junoh.

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:56
Read more...
 
SKUAD KANTIN, KEBERSIHAN DAN FLYING SQUAD TELAH MEMBUAT ENVIRONMENTAL REVIEW DI BAWAH PROGRAM ECO SCHOOL
Friday, 12 August 2011 10:47

Syabas kepada Skuad Kantin, Skuad Kebersihan dan Flying Squad yang telah melaksanakan 'environmental review' ke atas isu alam sekitar yang ada di SMK Muhibbah pada waktu rehat 12 OGOS 2011.  Sesi perbincangan dan menjana strategi telah dibuat di bawah seliaan dan bimbingan guru-guru penasihat ke atas isu tabiat pembuangan sampah.  Ahli-ahli skuad akan membuat perjumpaan sekali lagi selepas peperiksaan iaitu pada 22 OGOS 2011 bagi merancang pelan tindakan Eco School untuk bulan Ogos - November 2011.

 

Last Updated on Thursday, 03 May 2012 09:48
Read more...
 
WUJUDKAH BUDAYA BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR SMK MUHIBBAH?
Thursday, 11 August 2011 18:26

Adakah pelajar SMK Muhibbah Sandakan membudayakan amalan mengulangkaji sebelum memasuki bilik peperiksaan?  Marilah kita sama-sama meninjau amalan ini.  Kepada mereka yang tertangkap menelaah pelajaran, syabas!  Teruskan usaha yang positif ini.  Usaha tangga kejayaan.  Tidak ada manusia yang dapat mencapai kecemerlangan tanpa usaha yang gigih.  Jangan malu untuk membuat ulangkaji di depan rakan-rakan.  Pelajar yang sentiasa bersedia adalah pelajar yang menuju ke arah kecemerlangan.  Maju Diri, Maju Pelajar, Maju Sekolah, Maju Keluarga, Maju Negara!

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:56
Read more...
 
<< Start < Prev 21 22 23 24 25 26 27 28 29 Next > End >>

Page 24 of 29

MASA AMAT BERHARGA

CUACA HARI INI

BANCIAN PENGGUNA

Sila pilih kekerapan anda melayari laman web sekolah.
 


“When we plant trees, we plant the seeds of peace and the seeds of hope” - Wangari Maathaii

 

Ikuti kami di :



UNDIAN

Pendapat anda tentang laman web ini?
 

BILANGAN PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday143
mod_vvisit_counterYesterday122
mod_vvisit_counterThis week265
mod_vvisit_counterLast week1490
mod_vvisit_counterThis month3337
mod_vvisit_counterLast month7601
mod_vvisit_counterAll days600794

Online (20 minutes ago): 3
Your IP: 54.81.158.195
,
Today: Jun 18, 2018