Login Form



Who's Online

We have 98 guests online

UTUSAN ONLINE


Ads on: Special HTML

PELAJAR CEMERLANG

-Sedang Dikemaskini-

MUTIARA KATA

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."



Ads on: Special HTML

FASA BULAN


Ads on: Special HTML


SELAMAT DATANG KE LAMAN MUHIBBAH!
BENGKEL LUKISAN KEJURUTERAAN
Wednesday, 09 November 2011 08:20


Cikgu Sarah Joan Liew dan Cikgu Mohd Jazril Yusoff Bin Mohamed  dari SM Vokasional  telah dijemput untuk menjadi fasilitator Bengkel Lukisan Kejuruteraan pada 3 November 2011(Khamis) di Makmal ICT, SMK Muhibbah, Sandakan.

Seramai 31 orang murid dari 5 Sains 1 telah menghadiri bengkel berkenaan.  Mereka telah meningkatkan kemahiran untuk menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan SPM.

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:06
 
MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS 2011 PERINGKAT ZON SANDAKAN
Monday, 07 November 2011 19:07

Seramai 10 orang pelajar Pendidikan Khas SMK Muhibbah diraikan dalam Majlis Graduasi Pendidikan Khas 2011 Peringkat Zon Sandakan yang dirasmikan oleh YB Encik Au Kam Wah pada 3 November 2011.  Majlis Graduasi seperti ini telah diadakan buat pertama kalinya semenjak Program Pendidikan Khas dimulakan di daerah ini.  Majlis ini telah berlangsung di SK Sg Anib 3 yang turut dihadiri oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas Tuan Hj Ahmad Sabari Bin Kamari serta para pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan.

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:07
 
KARNIVAL SUKAN PENDIDIKAN KHAS 2011
Monday, 07 November 2011 10:27

Karnival Sukan Pendidikan Khas telah berlangsung pada 31 Okt sehingga 4 Nov.  Berbagai aktiviti termasuk sukaneka, permainan futsal, Congkak, Pertandingan Bowling serta Pertandingan Memasak telah dijalankan. Aktiviti tahunan ini telah berjaya menarik minat seluruh pelajar untuk hadir ke sekolah bagi menjayakan program ini. Tahniah kepada Cikgu Fitriani dan AJK tertinggi Karnival Sukan Pendidikan Khas yang telah berusaha untuk membawa pelajar dan guru ke Sandakan Bowl Champ bagi aktiviti bowling buat pertama kalinya. Syabas.



Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:07
 
KEPADA CIKGU TERSAYANG,JASAMU DIKENANG
Saturday, 05 November 2011 18:41

"Kami mengenang jasa ibu/ayah angkat tersayang yang telah mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga"

Inilah luahan pelajar ANANG dan Bintang Muhibbah.
Pada saat-saat menjelang peperiksaan, pelajar pohon restu dan mengenang jasa guru yang tidak jemu mendidik dan membimbing.
Daripada: Program Anak Angkat SMK Muhibbah 2011 (Program ANANG & Bintang Muhibbah)

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:08
Read more...
 
BUDAYA MEMBACA AMALAN MULIA
Wednesday, 02 November 2011 10:36



Program READ 2011 One Nation Reading Together telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan secara menyeluruh oleh semua warga SMK Muhibbah. Pada hari rabu, 2 November 2011, bermula pukul 9.30 pagi sehingga 10.03 pagi semua pelajar termasuk

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:09
Read more...
 
PASUKAN MANA YANG AKAN MENANG PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL?
Thursday, 20 October 2011 22:24

Sebaik sahaja peperiksaan PMR selesai, pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah gigih berlatih pelbagai tarian tradisional sebagai satu program RIMUP dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.  Pelajar-pelajar telah menunjukkan sikap proaktif dengan mengenalpasti tarian tradisional yang disukai oleh mereka.  Pelajar telah diberi kebebasan untuk melatih diri mereka dan diri rakan masing-masing.  Siapakah yang akan menjadi juara pertandingan tarian tradisional Malaysia?  Sama-samalah saksikan esok pada sesi petang!

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:10
 
AKTIVITI MEMBUAT PAPAN TANDA UNTUK LORONG PPDA
Thursday, 20 October 2011 22:12

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah melaksanakan aktiviti membuat papan tanda bertemakan hidup sihat tanpa rokok, dadah dan AIDS.  Pelbagai imej positif yang telah dilakarkan dan diwarnakan oleh pelajar.  Papan tanda ini akan digunakan untuk menghiasi sepanjang lorong PPDa.  Syabas kepada Unit Bimbingan Kaunseling, Cikgu Rohana dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:11
 
PASUKAN PELAJAR MPV KATERING SMK MUHIBBAH
Wednesday, 19 October 2011 13:32

Pasukan Katering SMK Muhibbah sekali lagi telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam jamuan Hari Kokurikulum Daerah Sandakan 2011.  Pelajar-pelajar menunjukkan keyakinan yang tinggi dan personaliti yang ceria dalam melayan tetamu khasnya tetamu VIP yang terdiri daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Pegawai Pelajaran Daerah dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.  Pasukan ini dibimbing oleh Cikgu Fatimah Digong dan turut dibantu oleh Cikgu Kasniah Md Nor, Cikgu Rusitah dan Cikgu Rapidaya.  Syabas!  Terima kasih pelajar dan terima kasih cikgu.

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:11
 
ANUGERAH KOKURIKULUM CEMERLANG PERINGKAT DAERAH 2011
Wednesday, 19 October 2011 13:20

Syabas dan tahniah kepada pelajar SMK Muhibbah kerana memenangi anugerah kokurikulum cemerlang iaitu dalam kategori Pendidikan Khas dan kategori ko-akademik.  Pelajar kita iaitu Mohd Syafiq yang telah berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa dalam sukan bola sepak telah diberi pengiktirafan pencapaian kokurikulum cemerlang pendidikan khas manakala pasukan B-yond Limit yang berjaya ke peringkat kebangsaan diiktiraf sebagai pasukan ko-akademik cemerlang daerah Sandakan.  Pasukan ini diwakili oleh Nurhafeezah Salwatul Alzan bt Juno telah menerima anugerah tersebut.  Tahniah!

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:12
 
PERTANDINGAN KITAR SEMULA SMK MUHIBBAH
Tuesday, 18 October 2011 14:35

Pertandingan Kitar Semula antara kelas dan antara staf akan diadakan mulai 1 NOVEMBER 2011 hingga 4 NOVEMBER 2011.  Sasaran bahan kitar semula yang boleh dikumpulkan oleh warga sekolah ialah lebih kurang 1,500 kg.  Kepada semua pelajar dan staf SMK Muhhibbah, marilah kita mula mengumpulkan sampah yang boleh dikitar semula mulai hari ini dan hantar ke sekolah pada awal November sebagai pembudayaan pengasingan sampah dan juga amalan menjaga alam sekitar kita.

 

Last Updated on Thursday, 03 May 2012 09:23
Read more...
 
TRANSISI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH KE MENENGAH
Tuesday, 18 October 2011 12:23

Bermula hari ini selasa, 18 Oktober 2011, Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Muhibbah menerima 6 orang murid sekolah rendah dari Program Pendidikan Khas integrasi SK Muhibbah untuk menjalani proses transisi pelajar.  Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada murid pendidikan khas sekolah rendah tentang suasana pembelajaran serta proses sosialisasi bersama pelajar pendidikan khas di sekolah menengah.  Aktiviti ini diharapkan dapat membantu murid-murid sekolah rendah ini dalam menghadapi perubahan apabila melangkah ke sekolah menengah pada tahun depan.  Transisi ini turut dipantau oleh dua orang guru pendidikan khas dari SK Muhibbah yang akan bertugas secara bergilir sehinggalah aktiviti transisi ini berakhir pada awal November nanti.

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:15
 
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB LUKISAN KEJURUTERAAN
Tuesday, 18 October 2011 10:51

Guru cemerlang, Cikgu Azli Bin Rodi dari SMK Agaseh, Lahad Datu telah dijemput untuk menjadi penceramah Bengkel Teknik Menjawab Lukisan Kejuruteraan pada 15 Oktober 2011(Sabtu) di Makmal ICT, SMK Muhibbah, Sandakan.

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:17
Read more...
 
PASUKAN TARIAN SINGA SMK MUHIBBAH
Monday, 17 October 2011 22:26

Adakah SMK Muhibbah mempunyai pasukan Tarian Singa?  Latihan pukulan gong yang begitu rancak mendebarkan jantung sesiapa sahaja yang menyaksikan pasukan pelajar tingkatan 3 beraksi di tapak bersebelahan Blok Pendidikan Khas.

Pelajar-pelajar Tingkaan 3 aktif dengan latihan tarian tradisional sepanjang minggu dari 17 OKTOBER 2011 sehingga 20 OKTOBER 2011 selepas rehat.  Pertandingan tarian tradisional akan berlangsung pada 21 OKTOBER 2011.  Manakala aktiviti sebelum rehat adalah aktiviti ko-akademik yang dikendalikan oleh panitia mata pelajaran dengan dibantu oleh guru-guru mata pelajaran.  Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan pelbagai jenis tarian tradisional yang akan dibuat oleh pelajar Tingkatan 3 sebagai aktiviti riadah selepas PMR dan menyahut slogan 1Malaysia.

 

 

 

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:19
 
SMK MUHIBBAH BOY PLAYING SAXOPHONE!
Sunday, 16 October 2011 19:20

Who is that cool saxophone player?  He was one of the students seen practising the modern western musical instruments last Saturday on the 8th October 2011.  The teachers, Ms Wong and Ms Lau have been keeping the students busy training them for an upcoming performance.  Keep up the good work.  We can't wait to watch the musical performance!

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 12:20
 
YOUNG COMMONWEALTH COMPETITIONS 2012: CONNECTING CULTURES FOR THE JUBILEE
Sunday, 16 October 2011 19:02

Feeling creative?  Interested in the world around you?  Enjoy History, journalism, writing, filmaking or photography? STOP & READ!  Check out the website and download further information at:  http://www.thercs.org/youth/essaycompetition

 

The Royal Commonwealth Society's annual Young Commonwealth Competitions encourage young people to use writing, film and photography to respond creatively to global challenges.  As 2012 marks the Diamond Jubilee of Her Majesty Queen Elizabeth II, all entries will become part of the world's biggest history project, the Commonwealth Jubile Time Capsule.  Take part in 2012 competitions and your entry will join 22,000 others in the Capsule.  Your memories - the untold stories of millions of ordinary and extraordinary lives - are the story of the modern Commonwealth.

 

Boys and girls, it would be good for you to seize this opportunity and explore your talents as the deadline for all competitions is on 1st MAY 2012.  Why not take part in this international competition?  Don't wait.  Happy exploring.

Last Updated on Tuesday, 14 February 2012 10:47
 
<< Start < Prev 21 22 23 24 25 26 27 28 29 Next > End >>

Page 22 of 29

MASA AMAT BERHARGA

CUACA HARI INI

BANCIAN PENGGUNA

Sila pilih kekerapan anda melayari laman web sekolah.
 


“When we plant trees, we plant the seeds of peace and the seeds of hope” - Wangari Maathaii

 

Ikuti kami di :



UNDIAN

Pendapat anda tentang laman web ini?
 

BILANGAN PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday4
mod_vvisit_counterYesterday149
mod_vvisit_counterThis week492
mod_vvisit_counterLast week2006
mod_vvisit_counterThis month6061
mod_vvisit_counterLast month7014
mod_vvisit_counterAll days588074

Online (20 minutes ago): 4
Your IP: 54.224.100.134
,
Today: Apr 25, 2018