Login Form



Who's Online

We have 27 guests online

UTUSAN ONLINE


Ads on: Special HTML

PELAJAR CEMERLANG

-Sedang Dikemaskini-

MUTIARA KATA

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."



Ads on: Special HTML

FASA BULAN


Ads on: Special HTML


SELAMAT DATANG KE LAMAN MUHIBBAH!
Pelajar Pendidikan Khas SMK Muhibbah Sandakan NAIB JOHAN PERTANDINGAN AZAN Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Sabah (Kategori Pendidikan Khas)
Thursday, 30 April 2015 15:48

Nama Program : MTQ dan Festival Nasyid KPM Peringkat Negeri Sabah

Tempat : Kota Marudu, Sabah

Nama Pelajar : Faisal Bin Nasri

Pencapaian : Naib Johan Pertandingan Azan(Kategori Pendidikan Khas)

Guru Pembimbing : Puan Bazlina Binti Azmi

Tahniah diucapkan kepada guru dan pelajar terlibat serta tidak lupa kepada seluruh warga kerja Program Pendidikan Khas dibawah pimpinan Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Asiah Tahir yang terus komited dalam menyertai program yang melibatkan pelajar pendidikan khas SMK Muhibbah Sandakan.

 
INTERNATIONAL AGOONOREE 2015; Pendidikan Khas SMK Muhibbah Sandakan menyertai Kontinjen Sabah ke Mersing, Johor
Thursday, 30 April 2015 15:33

Tahniah dan syabas kepada Pendidikan Khas SMK Muhibbah yang telah menyertai Kontinjen Sabah dalam Perkhemahan Pengakap INTERNATIONAL AGOONOREE pada 20 hingga 24 April 2015.  Perkhemahan peringkat antarabangsa tersebut telah diadakan di Kem YPJ PLKN Sekakap Mersing, Johor Darul Takzim.  Kontinjen Sabah telah diumum sebagai JOHAN PERSEMBAHAN dan NAIB JOHAN KHEMAH TERBAIK dalam majlis penutupan program tersebut.  Syabas kepada guru dan pelajar pendidikan khas yang menyertai Kontinjen Sabah 5th Malaysia International Agoonoree 2015!

Last Updated on Thursday, 30 April 2015 15:48
 
KURSUS KEMAHIRAN DAN TRANSISI KERJAYA GURU PENDIDIKAN KHAS
Thursday, 30 April 2015 15:24

Unit Transisi Kerjaya Pendidikan Khas dengan kerjasama Kolej Komuniti telah menganjurkan Kursus Pembuatan Bun dan Muffin pada 25 April 2015 (sabtu). Tujuan kursus ialah untuk memberi kemahiran dan pengalaman kepada guru-guru pendidikan khas dalam bidang masakan untuk diajar kepada murid-murid pendidikan khas.  Kerjasama agensi serta pihak luar seperti Kolej Komuniti Sandakan ini amat diharapkan dalam membantu pelajar dan guru meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang kerjaya.

 
MAJLIS ANUGERAH DAN PENTAULIAHAN PEMIMPIN PENGAKAP 2015
Thursday, 30 April 2015 15:08

Pada 26 April 2015, bertempat di Scout Nature Park Batu 4 Sandakan berlangsungnya Majlis Anugerah dan Pentauliahan Pemimpin Pengakap 2015 yang telah di sempurnakan oleh Datuk Dr. Haji Awang Zaini Bin Haji Suntim.  Tahniah kepada semua guru pemimpin pengakap dan penerima Sijil Kepujian Negeri pada majlis tersebut.

Last Updated on Thursday, 30 April 2015 15:21
 
Penyertaan Pendidikan Khas SMK Muhibbah dalam WALK FOR AUTISM 2015
Monday, 20 April 2015 08:41

Pendidikan Khas SMK Muhibbah Sandakan telah memberi sokongan penuh dalam larian amal WALK FOR AUTISM 2015 anjuran JCI Sabah.  Program ini bertujuan mengumpul kutipan amal serta memberi kesedaran kepada umum tentang golongan autisma dalam masyarakat kita.  Seramai 21 orang pelajar dan 12 orang guru dan PPM telah menyertai aktiviti yang diadakan di Kompleks Sukan Sandakan pada 18 April 2015.  Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Au Kam Wah dan turut disertai pelbagai pertubuhan NGO, Sekolah dan individu.

Last Updated on Monday, 20 April 2015 09:22
 
Jom Memeriahkan Program Career and Education Fair !!
Wednesday, 08 April 2015 10:54

Perhatian kepada semua pelajar termasuk pelajar lepasan
SMK Muhibbah dan ibu bapa. Anda dijemput datang beramai-ramai
untuk menghadiri Program Career and Education Fair SMK Muhibbah
2015.
Tarikh: 9 April 2015 (Khamis)
Masa: 8 pagi - 11 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan SMK Muhibbah
Sebanyak 40 agensi kerajaan dan swasta akan terlibat dalam pameran ini. Pameran ini bertujuan untuk membantu pelajar mengenalpasti hala tuju
selepas SPM. Jadual lawatan kelas bagi membolehkan pelajar
mendapatkan maklumat tentang peluang pendidikan di agensi kerajaan
dan swasta akan diadakan. Setiap kelas diberikan masa 40 minit untuk
berbincang dan mendapatkan maklumat. Ibu bapa juga turut dijemput
hadir bagi mendapatkan maklumat lanjut supaya dapat mendorong anak
ke arah mencapai impian....

Senarai agensi yang terlibat dalam Career & Education Fair SMK Muhibbah 2015

1.EduQuest services
2.Nilai University
3.Southern University College
4.Kbu International College
5.Taylor's University
6.Point College
7.ISM TAWAU
8.PTPL college
9.ALC college
10.Jabatan Tenaga Kerja
11.politeknik sandakan
12.UMS Sandakan
13.UITM cwgn sabah
14.ILP Sandakan
15.kolej vokasional sandakan
16.kolej kejururawatan sandakan
17.RJ education
18.INTI college
19.Tan Chong Education
20.Vocasional Training Council(Hong Kong)
21.curtin university sarawak
22.UTAR Perak
23.Bomba Sandakan
24.Tentera Laut Sandakan
25.Penjara Sandakan
26.Pejabat Laut Wilayah Sabah cawangan Sandakan
27.Tabung Haji
28.Pejabat Penerangan
29.Pejabat MARA Sandakan
30.KEMAS sandakan
31.SPA8
32.Syarikat Ramah Ent(DBP)
33.Universiti Kolej Yayasan Sabah
34.Kolej Yayasan Sabah (KYS)
35.RIAM College
36.AADK Sandakan
37.SAGA Sandakan
38.A3 Education Sandakan
39.UNITAR Sabah
40.ATI college
41.The One Academy
42.TEO Education Services
43.Pusat Zakat Sabah
44.Berjaya University College
Dijemput semua untuk hadir memeriahkan majlis serta mendapatkan maklumat kerjaya

dan hala tuju pendidikan anda


Mohon sebarkan kepada ex student dan ibu bapa..terima kasih

 

Last Updated on Monday, 17 August 2015 08:10
 
MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2015
Monday, 06 April 2015 09:27

Pada 30 Mac hingga 02 April 2015 berlangsungnya Minggu Pendidikan Khas Peringkat Sekolah 2015. Majlis perasmian telah dijalankan pada 30 Mac di tapak perhimpunan dan dirasmikan oleh Puan Lim Li Li pengetua SMK Muhibbah Sandakan. Program tahunan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada umum tentang Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Muhibbah Sandakan.  Berbagai acara dan aktiviti telah berlangsung seperti Pertandingan Menanam Pokok, Pertandingan Memasak, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Menari, Pertandingan Make-over dan Pertandingan Fesyen bertemakan Kerjaya Impian. Selain itu pameran, jualan dan gerai PAV dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut Isnin, Selasa dan Rabu.  Semua acara dijalankan di dataran serbaguna terbuka PPKI manakala pameran,jualan dan gerai PAV diadakan sepanjang koridor surau dan koridor menghala ke kantin. Program ini telah mendapat sambutan baik dan mennggalakkan dari semua pihak dan diharap dapat dijalankan dengan lebih meriah pada masa akan datang.

Last Updated on Thursday, 26 November 2015 11:11
 
EARTH HOUR CAMPAIGN BY ECO SCHOOL STUDENTS
Friday, 27 March 2015 22:17

What is Earth Hour?  It's a 'lights off' event held yearly to raise awareness about climate change.

Earth Hour is on going to be held on the 28th MARCH 2015 (SATURDAY).  What do you plan to do for Earth Hour?  What is your pledge to combat global warming?

An awareness raising activity on Earth Hour was carried out by the students of Eco School club during the weekly co-curricular activity on Monday (23.3.15).  They viewed a video clip on Earth Hour and later discussed actions to contribute to the environment.   Students then prepared a speech for Earth Hour 2015.  The best speech will be presented on Wednesday morning assembly as one of their strategies to raise awareness on the importance of each individual to play a role in protecting our earth.

You can still play a role ... Check out what others are doing for this campaign...

http://www.earthhour.org/take-action

REMEMBER TO OBSERVE EARTH HOUR ON SATURDAY AND BETTER STILL EVERY DAY...

Last Updated on Friday, 27 March 2015 22:36
 
LEARNING ABOUT THE SCIENCE BEHIND COMPOSTING
Friday, 27 March 2015 22:04

Eco School committee members learnt about the science behind pit composting which is carried out in SMK Muhibbah.  Everyone talks about composting.  However, what is the science behind it?  How does it relate to our curriculum?

Our young environmentalists and scientists looked into materials being composted in the pile and had a hands on in putting garden waste of nitogen and carbon layer by layer, adding water and aerating the garden waste. The four essential components to composting explored were nitrogen, carbon, water and oxygen.  Students will be learning more about the science of composting from Ms Greanna, their Science teacher.  Well done and hope you'll be able to talk about composting with your family and friends.  Let us join hand to green the earth!

Last Updated on Friday, 27 March 2015 22:44
 
MUSIC STUDENTS TAKING PART IN INTERNATIONAL MUSIC VIDEO COMPETITION 2015
Friday, 27 March 2015 21:59

Music club members caught in action, absorbed in their discussion on the storyline for a music video they are preparing. These students supervised, by their teachers intend to participate in an International Music Video Competition - Generation Next... Attractive cash prizes of £600, £400 & £200 for first, second and third place... Wishing our students all the best!

For more information, please check out this website:
http://eco-schools-projects.org/wda/about/wda-april-2015-international-music-video-competition/

 
SMK MUHIBBAH SEKOLAH ANGKAT POLITEKNIK SANDAKAN
Thursday, 19 March 2015 08:44

SMK Muhibbah antara yang bertuah kerana terpilih sebagai sekolah angkat Politeknik Sandakan.  Majlis Menandatangan Nota Kerjasama Antara Politeknik Sandakan dengan Pejabat Pendidikan SAndakan dan Pejabat Pendidikan Beluran telah diadakan pada 18.3.15, jam 2.30 petang di Politeknik Sandakan.  Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Zakaria Edris, Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri Sabah, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N41 Gum Gum. Sekolah kita telah menerima sumbangan 2 desktop PC untuk kegunaan kaunseling dan peperiksaan.  Terima kasih kepada Politeknik Sandakan di atas sumbangan ini.

Melalui program sekolah angkat ini, program pendidikan teknikal dan vokasional yang ditawarkan di politeknik akan dapat diperkenalkan kepada pelajar sekolah ini.  Pendedahan awal kepada program yang ditawarkan juga dapat dilakukan bagi membolehkan pelajar bersedia awal dan mengetahui hala tuju mereka selepas menamatkan persekolahan.  Pelajar sekolah ini juga akan menjadi 'feeder' untuk kemasukan ke Politeknik.  Kepada semua pelajar, marilah kita menggunakan peluang ini untuk meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan agar dapat merealisasikan impian kita ke institusi pengajian tinggi.

Last Updated on Thursday, 19 March 2015 10:05
 
PELAJAR MUZIK SMK MUHIBBAH RAJIN BERLATIH
Thursday, 19 March 2015 00:35

Lihatlah pelajar-pelajar dan guru-guru Muzik SMK Muhibbah.  Hebat!  Kita ada pemain violin, flute, saxophone, viola dan cello.  Tahukah anda mengapa pelajar muzik SMK Muhibbah rajin berlatih?  Sebabnya kita mempunyai guru-guru muzik yang juga amat rajin dan mempunyai kemahiran bermain perlbagai alat muzik.

Terima kasih cikgu Wong Shung Shung dan Lau Xin Jie yang telah banyak menggunakan masa cuti mereka untuk melatih pelajar dalam bidang Muzik. Syabas kepada pelajar-pelajar yang memberi komitmen untuk balik ke sekolah setiap hari bagi meningkatkan kemahiran bermain alat muzik.  Semoga kita dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran dan merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Last Updated on Thursday, 19 March 2015 00:42
 
KELAS BIOLOGI PRA UNIVERSITI MASA CUTI
Thursday, 19 March 2015 00:32

Terima kasih cikgu Chung Li Yun yang telah mengorbankan masa cutinya untuk membimbing pelajar-pelajar pra universiti dalam membuat laporan bagi mata pelajaran Biologi. Inisiatif cikgu akan amat dihargai. Syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya menggunakan masa cuti dengan bijak. Semoga semua pelajar memperoleh kecemerlangan.

Last Updated on Thursday, 19 March 2015 00:34
 
KELAS FIZIK DAN MATE TAMBAHAN MASA CUTI
Thursday, 19 March 2015 00:26

Syabas kepada pelajar-pelajar 5 Sains yang berjaya balik ke sekolah untuk membuat ulangkaji Fizik Tingkatan 4 & Matematik Tambahan semasa cuti pertengahan penggal bulan Mac. Semoga komitmen dan kesungguhan pelajar akan membawa pelajar ke arah kecemerlangan dalam pembelajaran dan peperiksaan SPM. Setinggi-tinggi penghargaan kepada cikgu Wong Fui Teng dan Chia Vui Fun.

Last Updated on Thursday, 19 March 2015 00:31
 
PROGRAM PAIR TEACHING PRA UNIVERSITI 2015
Monday, 16 March 2015 06:27

Aktiviti Pair Teaching telah dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah Pengajian Am Pra Universiti di SMK Muhibbah pada bulan Mac 2015.  Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan Pengajaran & Pembelajaran bagi membantu meningkatkan pelbagai kemahiran serta melonjakkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Am.  Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Salamiah, Cik Rosneletta dan En Louis yang telah melaksankan inisiatif ini sebagai usaha untuk membantu memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar.  Syabas!

Last Updated on Monday, 16 March 2015 06:32
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 3 of 29

MASA AMAT BERHARGA

CUACA HARI INI

BANCIAN PENGGUNA

Sila pilih kekerapan anda melayari laman web sekolah.
 


“When we plant trees, we plant the seeds of peace and the seeds of hope” - Wangari Maathaii

 

Ikuti kami di :



UNDIAN

Pendapat anda tentang laman web ini?
 

BILANGAN PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday73
mod_vvisit_counterYesterday221
mod_vvisit_counterThis week1125
mod_vvisit_counterLast week1213
mod_vvisit_counterThis month2753
mod_vvisit_counterLast month6396
mod_vvisit_counterAll days561400

Online (20 minutes ago): 3
Your IP: 54.163.61.66
,
Today: Dec 16, 2017