Login Form



Who's Online

We have 133 guests online

UTUSAN ONLINE


Ads on: Special HTML

PELAJAR CEMERLANG

-Sedang Dikemaskini-

MUTIARA KATA

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."



Ads on: Special HTML

FASA BULAN


Ads on: Special HTML


SELAMAT DATANG KE LAMAN MUHIBBAH!
PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN
Wednesday, 24 July 2013 08:18

Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan kali ke-5 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris bermula pada 1 Julai 2013.  Objektif pertandingan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti dalam penulisan blog serta berkongsi kandungan blog tersebut.  Hadiah pertandingan menarik iaitu Electronic Gadget & sijil penyertaan .  Untuk maklumat lanjut, sila layari:  http/://ict.upsi.edu.my/ictday

 

Last Updated on Wednesday, 24 July 2013 08:45
Read more...
 
PERTANDINGAN RAKAMAN VIDEO ANJURAN BOH FOREST FRIENDS
Friday, 19 July 2013 05:46

Aktiviti pembasmian hutan sedang hangat dibincangkan. Tetapi adakah semua maklumat tersebut cukup lengkap buat anda? Inilah masanya untuk anda uji pengetahuan anda mengenainya. Kini anda boleh mengarah sebuah video pendek mengenai kepentingan memelihara hutan dan ekosistem negara kita dan menangi hadiah menarik untuk anda dan sekolah anda!

 

Inilah masanya anda berkongsi pengetahuan mengenai alam sekitar dan mengajak rakan-rakan untuk turut serta dalam kempen kami. Jadikan ia sesuatu yang menyeronokkkan, serta rakam video yang menerangkan fakta-fakta mengenai kepentingan hutan dalam cara paling menarik dan kreatif untuk peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM3,000. Video yang menang akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekiranya didapati sesuai, ia akan digunakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 OGOS 2013.  Cara penyertaan ...

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:40
Read more...
 
PAMERAN PROJEK PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SMK MUHIBBAH SEMASA ROADSHOW SERASI DI SMK MERPATI
Monday, 15 July 2013 15:47

Pameran projek Fertigasi dan penghasilan sabun menggunakan minyak masak terpakai telah dibuat di SMK Merpati semasa Roadshow SERASI peringkat daerah Sandakan yang dikelolakan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pelajaran Sabah pada 12 JULAI 2013.  Pn Asiah Tahir, Cikgu Khairul Effendy, Cikgu Florence James dan dua orang pelajar Program Pendidikan Khas telah mengendalikan pameran tersebut sebagai perkongsian kepada komuniti setempat tentang projek alam sekitar yang telah dilaksanakan di sekolah.  Peserta-peserta taklimat SERASI dari sekolah-sekolah menengah dan rendah daerah Sandakan telah didedahkan dengan cara menjimatkan air menggunakan 'drip irrigation system' dan menggunakan semula minyak masak untuk menghasilkan sabun mesra alam sekitar.  Syabas dan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah menjayakan usaha berkongsi idea bagi mempergiatkan program pendidikan alam sekitar di daerah Sandakan.

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:40
 
SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BAHASA MALAYSIA SPM
Saturday, 13 July 2013 21:12

Seminar Teknik Menjawab Bahasa Malaysia SPM di bawah kelolaan Ketua Bidang Bahasa Cikgu Ang Pun Sun, telah dilaksanakan dengan jayanya pada 13 JULAI 2013 di Makmal ICT, SMK Muhibbah, Sandakan.  Seminar ini telah disertai oleh 63 pelajar dari kelas-kelas Ting 5S1, 5S2 dan 5E.  Penceramah undangan kali ini adalah En Chong Meng Wah, SMK Sandakan.  Turut menyertai seminar ini ialah Cikgu Normadiah, Cikgu Suha dan Cikgu Vijaya.  Syabas kepada semua yang menjayakan seminar ini.  Semoga pelajar-pelajar dapat membuat persediaan awal dan memperolehi keputusan cemerlang!

Last Updated on Sunday, 21 July 2013 17:11
 
ECO SCHOOL SMK MUHIBBAH MEMBUAT SABUN MENGGUNAKAN MINYAK MASAK TERPAKAI
Saturday, 13 July 2013 21:00

Syabas kepada pelajar-pelajar Eco School Muhibbah di bawah pimpinan En Lam Tee Jye yang berjaya membuat eksperimen pertama menghasilkan sabun menggunakan minyak masak terpakai.  SMK Muhibbah sebagai sekolah rakan alam sekitar telah berusaha mencari jalan untuk memastikan minyak terpakai tidak dibuang terus ke dalam longkang atau tong sampah.  Pembuangan minyak terpakai ke dalam parit atau ke tempat pembuangan sampah boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan dan mencemarkan alam sekitar.  Justeru itu, pelajar-pelajar Eco School telah mengambil langkah membuat kitar semula minyak masak terpakai dan menghasilkan sabun pencuci tangan.  Projek ini turut disertai oleh beberapa orang guru dan pembantu makmal Sains yang berminat dalam melindungi alam sekitar.  Tahniah dengan eksperimen pertama ini!

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:41
 
Khidmat Masyarakat & Penanaman Pokok oleh Skuad Kebersihan di Cheshire Home Sandakan
Monday, 01 July 2013 19:55

Skuad Kebersihan SMK Muhibbah telah berjaya mengadakan aktiviti diluar sekolah pada 15 Jun yang lepas iaitu Khidmat Masyarakat di Rumah Cheshire Sandakan.  Tahniah kepada semua ahli dan guru skuad yang dapat melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya. Seramai 42 orang pelajar termasuk guru skuad kebersihan serta dua orang pekerja pembersihan sekolah telah menabur bakti seperti membersihkan longkang, ruangtamu, bilik tidur dan bilik segar rumah Cheshire.  Selain itu, ahli skuad juga menanam pokok untuk menghijaukan dan menceriakan halaman rumah Cheshire. Aktiviti ramah mesra dan lawatan ke Kedai Treasure Shop rumah Cheshire juga melengkapkan aktiviti yang dirancang sebagai cara mendekati dan menyelami kehidupan dan perasaan golongan yang kurang mendapat perhatian ini.

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:41
Read more...
 
SMK MUHIBBAH STUDENTS SPINNING TALES FOR STARNie & PIZZA HUT CONTEST
Friday, 21 June 2013 20:20

This year, STARNie and Pizza Hut is organizing an exciting contest which has got our students to put on their thinking caps and spin various tales from fairy tales to true life stories, from romance, adventures and fantasies to thrillers, gothics and mysteries.  The list goes on!  It is heartening to observe Muhibbah students working hard on planning the plot and characters, and embedding moral values into their stories.  Well done!  Keep up the creative spirit!

Last Updated on Saturday, 22 June 2013 06:33
Read more...
 
SUMBANGAN POKOK BUNGA KERTAS OLEH EN FRANCIS BAGI PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT TING 6
Friday, 21 June 2013 19:12

Terima kasih kepada Encik Francis yang telah menyumbang sebanyak 20 pokok bunga kertas untuk projek Khidmat Masyarakat Tingkatan 6 yang akan diadakan pada 22 JUN 2013.  Pelajar-pelajar Ting 6 tahun ini telah memilih untuk menceriakan kawasan blok tambahan dengan menyokong program koleksi 1000 spesis tumbuh-tumbuhan melalui penanaman pokok bunga kertas.  Turut dijemput ke program ini adalah para ibu bapa pelajar.  Marilah kita menyokong program merealisasikan bumi hijau SMK Muhibbah Sandakan.

 

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:50
Read more...
 
MAJLIS PENYERAHAN KOMPILASI HASIL KARYA PELAJAR & GURU KEPADA KETUA PERPUSTAKAAN WILAYAH SANDAKAN
Thursday, 20 June 2013 19:55

Majlis Penyerahan Kompilasi Buku hasil penulisan pelajar dan guru telah berjaya dilaksanakan pada 12 JUN 2013.  Sebanyak 4 buah kompilasi buku yang diserahkan kepada Pn Cecilia Chai, Ketua Perpustakaan Wilayah Sandakan iaitu (1) Penyelidikan Pelajar Tingkatan 6, (2)  Green Wave 2012, (3)  Our Stories:  Narratives by SMK Muhibbah students dan (4) Kajian Tindakan Guru-guru SMK Muhibbah.

Majlis ini yang turut disaksikan oleh penulis-penulis buku dalam kalangan pelajar telah dimulakan dengan perkongsian slaid powerpoint oleh Norfazlyn Robert (Ting 6 Rendah) tentang program-program sekolah yang telah membawa kepada terhasilnya buku-buku tersebut.  Lawatan sekitar Pusat Sumber, persekitaran sekolah termasuk Kelas 2 Berlian, Kelas Muzik dan kelas-kelas Program Pendidikan Khas juga telah dibuat oleh Pn Cecilia Chai.  Beliau telah menawarkan agar warga sekolah dapat membuat pameran di Perpustakaan Wilayah Sandakan bagi mempromosikan program-program sekolah yang menarik.

 

Syabas kepada guru-guru yang telah menyumbang dan membimbing pelajar dalam penulisan sehingga tercetaknya 4 kompilasi tersebut.  Syabas kepada pelajar-pelajar yang terlibat!  Bakat anda memang terserlah.  Teruskan usaha yang murni ini.

Last Updated on Friday, 19 July 2013 06:52
Read more...
 
PROJECT EARTH 2013
Wednesday, 19 June 2013 13:27

Tahukah anda apakah projek yang telah kita kongsikan dalam Project Earth baru-baru ini?  Kita telah memuat naik projek Fertigasi 2012 dan mengemaskinikan projek penjimatan elektrik S.O.S. ke laman web Project Earth untuk dikongsikan kepada masyarakat global.  Pelajar-pelajar bolehlah melayari laman web tersebut untuk melihat penglibatan aktif dalam amalan teknologi hijau bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kita tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

a.  http://www.projectearth.net/Project/Details/3411

b.  http://www.projectearth.net/Project/Details/2597

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:51
 
PERSEMBAHAN CAKLEMPONG, ANGKLUNG DAN GAMELAN DI RDC SEMPENA PELANCARAN BORNEO BIRS FESTIVAL
Wednesday, 19 June 2013 10:22

 

Sempena Pelancaran Borneo Birds Festival pada 07.06.2013 (Jumaat), pasukan angklung dan gamelan SMK Muhibbah telah dijemput untuk membuat persembahan perasmian di RDC. Caklempong juga dimainkan bagi mengiringi perarakan bunga manggar dan sambutan VIP. Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Haji Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Read more...
 
MALAM SUAI KENAL PELAJAR MUZIK 2013
Wednesday, 19 June 2013 10:09

Malam Suai Kenal Pelajar Muzik telah dijalankan pada 24.05.2013 (Jumaat) malam di tapak perhimpunan sekolah. Majlis ini dilangsungkan dari pukul 7pm-9pm. Pelajar-pelajar yang terlibat telah mempersembahkan persembahan tarian, angklung, band, orkestra dan nyanyian kepada para hadirin yang hadir. Para ibu bapa yang hadir berasa puas hati dan terhibur dengan persembahan anak-anak mereka.

Read more...
 
PERTANDINGAN KOMPANG DAN FORMASI PERINGKAT DAERAH SANDAKAN

Pertandingan Kompang dan Formasi Peringkat Daerah Sandakan telah diadakan di SMK Sandakan 2 pada 25-04-2013. Pasukan kompang SMK Muhibbah yang terdiri daripada 12 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan memenangi tempat kedua.

Read more...
 
PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2013

Pertandingan Puisi dan Lagu telah diadakan di SMK Sandakan 2 pada 21.03.2013. Pasukan dari SMK Muhibbah yang terdiri daripada 7 orang pelajar telah mengambil
Read more...
 
HARI MUAFAKAT BERSAMA IBU BAPA PENJAGA PADA 23 MEI 2013
Tuesday, 18 June 2013 10:32

 

Last Updated on Tuesday, 18 June 2013 14:38
Read more...
 
<< Start < Prev 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Next > End >>

Page 11 of 29

MASA AMAT BERHARGA

CUACA HARI INI

BANCIAN PENGGUNA

Sila pilih kekerapan anda melayari laman web sekolah.
 


“When we plant trees, we plant the seeds of peace and the seeds of hope” - Wangari Maathaii

 

Ikuti kami di :



UNDIAN

Pendapat anda tentang laman web ini?
 

BILANGAN PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday188
mod_vvisit_counterYesterday161
mod_vvisit_counterThis week743
mod_vvisit_counterLast week1341
mod_vvisit_counterThis month3415
mod_vvisit_counterLast month5541
mod_vvisit_counterAll days567728

Online (20 minutes ago): 14
Your IP: 54.234.190.237
,
Today: Jan 17, 2018