Login Form



Who's Online

We have 28 guests online

UTUSAN ONLINE


Ads on: Special HTML

PELAJAR CEMERLANG

-Sedang Dikemaskini-

MUTIARA KATA

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."



Ads on: Special HTML

FASA BULAN


Ads on: Special HTML


SELAMAT DATANG KE LAMAN MUHIBBAH!
LAWATAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR & MUZIK OLEH PENGAKAP DARI HONG KONG
Friday, 16 August 2013 08:11

Seramai 5 orang pengakap dari Hong Kong yang menyertai Jambori Pengakap antarabangsa  telah melawat ke SMK Muhibbah pada 14 OGOS 2013 untuk melihat aktiviti pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan di sekolah ini.  Cikgu Lam Tee Jye telah memberi penerangan ringkas tentang aktiviti-aktitviti yang telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Eko SMK Muhibbah.  Pada masa yang sama pengakap-pengakap tersebut juga telah mencuba alat-alat muzik tradisional iaitu angklung dan gamelan di bawah seliaan Cikgu Wong Shung Shung.  Terima kasih kepada Cikgu Lam dan Cikgu Wong.

Last Updated on Friday, 16 August 2013 08:17
 
PELAJAR KELAB MUZIK SMK MUHIBBAH SANDAKAN
Thursday, 08 August 2013 19:25

Syabas kepada semua pelajar Kelab Muzik di bawah pimpinan Cikgu Wong Shung Shung dan Cikgu Lau Xin Jie yang membuat latihan muzik tanpa berkira tempat.  Gambar yang diambil  pada 31 JULAI 2013 menunjukkan komitmen dan kesungguhan pelajar yang tinggi dalam berlatih, mengasah bakat dan bekerja sepasukan sebagai persediaan Kem Festival Muzik yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos ini.  Kesungguhan mereka patut dicontohi!

Last Updated on Tuesday, 17 September 2013 08:27
 
PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP MULTIMEDIA KMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH MALAYSIA 2013
Wednesday, 07 August 2013 15:51

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Buku Skrap Multimedia Kemerdekaan Peringkat Sekolah Malaysia 2013.  Stiap penyertaan mestilah menepati tema pertandingan iaitu 'PERPADUAN RAKYAT TERAS KEMAKMURAN'.

Penyertaan adalah percuma. Borang penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia di http://www.pnm.gov.my atau boleh didapati di Kaunter Penerangan PNM.

Hadiah menarik bagi kategori B iaitu kategori Sekolah Menengah adalah seperti berikut:-

Read more...
 
BENIH SAYUR SALAD UNTUK AKUAPONIK TELAH BERCAMBAH
Wednesday, 07 August 2013 13:38

Syabas kepada pelajar-pelajar yang telah menyemai benih sayur 'salad' atau nama saintifiknya Lactuca sativa Linn kerana benih-benih sayur tersebut telah bercambah dan tumbuh setinggi lebih kurang 1 - 2 cm.  Tanaman ini akan dipindah ke 'growbed' tapak akuaponik sebaik sahaja sesi persekolahan buka pada bulan Ogos dan dalam sebulan sudah boleh dituai.

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:37
 
PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MENUAI HASIL PROJEK FERTIGASI
Tuesday, 06 August 2013 18:39

Projek Fertigasi tahun ini telah diteruskan oleh pelajar aliran perdana dan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi.  Tanaman cili dan bendi yang dimulakan oleh Cikgu Khairul Effendi pada bulan Mei telah mula membuahkan hasil.  Pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi di bawah pimpinan Cikgu Florence James telah menuai dan menjual cili dan bendi kepada warga sekolah sebagai sebahagian daripada program keusahawanan, komunikasi dan sosialisasi pelajar dengan warga sekolah.  Warga sekolah dapat menikmati hasil tanaman yang sihat.  Terima kasih Cikgu Khairul, Cikgu Florence dan pelajar-pelajar.

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:37
 
MENGINTERGRASIKAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DALAM PBS GEOGRAFI
Tuesday, 06 August 2013 17:50

Syabas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 yang telah melaksanakan kempen berkaitan projek Pendidikan Alam Sekitar yang dilaksanakan di sekolah. Pelajar-pelajar ini telah membuat kajian dan berjaya menghasilkan risalah-risalah serta membuat kempen kesedaran kepada warga sekolah khasnya kepada guru-guru.  Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada PBS Geografi...

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:17
 
CUTI SEKOLAH BERMULA PADA 5 OGOS 2013
Wednesday, 31 July 2013 15:46

Cuti sekolah SMK Muhibbah akan bermula pada 5 OGOS 2013 -18 OGOS 2013.  Warga sekolah perlu kembali ke sekolah pada 19 OGOS 2013.

Sekolah telah memohon cuti berganti bagi 5 dan 6 OGOS 2013 seperti yang disiarkan dalam surat siaran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.  Warga sekolah perlu menggantikan hari persekolahan 5 Ogos 2013 pada 24 Ogos 2013 menggunakan jadual waktu hari Isnin manakala 6 Ogos 2013 diganti pada 7 September 2013 menggunakan jadual waktu hari Selasa.

Harap maklum.

Last Updated on Wednesday, 07 August 2013 15:56
 
AKTIVITI PENYEMAIAN BENIH BAGI PROJEK AKUAPONIK
Wednesday, 31 July 2013 14:38

Syabas kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan penyemaian benih sayur-sayuran pada 30 JULAI 2013 di bawah seliaan Cikgu Wong Fui Teng.  Pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkaan 1 - 6 ini telah berjaya menyemai benih 'lettuce' yang akan ditanam menggunakan sistem akuaponik.  Aktiviti ini akan diteruskan dengan merekod, membanding dan melapor tumbesaran tanaman selaras dengan proses kemahiran Sains.  Semoga pelajar mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang bermakna daripada aktiviti-aktiviti ini.

Last Updated on Tuesday, 17 September 2013 08:36
 
TAKLIMAT KONSEP AKUAPONIK SMK MUHIBBAH
Wednesday, 31 July 2013 13:45

Penerangan konsep 'bell sifon' telah diberikan oleh Cikgu Wong Fui Teng selaku guru Sains kepada pelajar-pelajar dan guru-guru pada 29 JULAI 2013.  Akuaponik di SMK Muhibbah menjadi satu kaedah untuk mengurus sumber air dengan lebih cekap dan sistematik menggunakan teknologi hijau.  Air dari kolam ikan akan disedut ke dalam basin untuk mengairi tanaman atau sayur-sayuran.  Nutrien organik iaitu amonia  hasil sisa buangan ikan pula akan diserap oleh tumbuh-tumbuhan menghasilkan air yang bersih.  Air yang bersih ini dikitar semula untuk digunakan oleh ikan dalam kolam.  Kaedah mesra alam ini merupakan projek usahasama pelajar aliran perdana dan pelajar program pendidikan.  Syabas kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang menggerakkan program ini.

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:39
 
AKUAPONIK SMK MUHIBBAH, SANDAKAN
Tuesday, 30 July 2013 20:26

Syabas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6, 5 dan 4 yang dipimpin oleh Cikgu Wong Fui Teng dan Cikgu Zakariah yang telah berjaya memasang sistem akuaponik pada 26 Julai 2013 sebagai langkah pengurusan sumber air yang lebih sistematik dan berteknologi hijau.  Sistem mesra alam ini diguna untuk mengkitar semula air kolam ikan bagi mengairi tanaman dan seterus mengembalikan semula air tersebut dalam keadaan yang lebih bersih ke dalam kolam bagi kegunaan ikan.  Ini merupakan satu lagi projek usahasama pelajar aliran perdana dan pelajar Pendidikan Khas bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang cara melindungi alam sekitar.

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:39
 
MAJLIS KEAHLIAN DAN KENAIKAN PANGKAT BSMM CABANG SANDAKAN
Friday, 26 July 2013 08:16

Program Majlis Keahlian Dan Kenaikan Pangkat Ahli BSMM Anjuran BSMM Cabang Sandakan telah diadakan pada 7 Julai 2013 bersamaan hari Ahad di Dewan SMK Konven St. Cecilia, Sandakan.  Matlamat program ini ialah memberi pengiktirafan kepada ahli BSMM serta mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli BSMM sekolah-sekolah Menengah Bahagian Sandakan.  Seramai 30 orang ahli BSMM Tingkatan 6 dan peserta-peserta tarian SMK Muhibbah telah menyertai majlis ini. Peserta tarian telah mempersembahkan Tarian Sumazau Kreatif dengan penuh semangat dan mendapat pujian daripada Pengerusi dan Pegawai-pegawai BSMM.  Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari dan mencapai objektif seperti yang dirancangkan.

Last Updated on Friday, 26 July 2013 08:42
 
PROGRAM 9 TERAS PEMBANGUNAN BELIA
Friday, 26 July 2013 07:42

Pada 28 Jun 2013 hingga 29 Jun 2013, seramai 54 orang belia Sabah telah menyertai Program Cinta Alam / Cabaran Belia dan Rekreasi yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Sandakan yang diadakan di Damai Eco Ranch, Lohan yang terletak di daerah Ranau, Sabah. Seramai 24 orang dari daerah Sandakan, 18 orang dari Papar dan 12 orang yang selebihnya dari daerah Penampang. 4 orang ahli mewakili Bulan Sabit Merah Cabang Sandakan telah dipilih untuk menyertai program ini. Antaranya ialah dua orang ahli dari Prauniversiti SMK Muhibbah dan dua orang lagi merupakan bekas ahli BSMM Prauniversiti SMK Muhibbah juga. Mereka adalah Chin Shu Ting (6 atas Sains), Vung Pui Yee (6 atas Sains), Chin Joan Wai dan Sim Ka Vui (Bekas ahli BSMM PraU). Aktiviti yang dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (I) Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Tuan Haji Awang Damit Bin Haji Awang Anak ini telah banyak memberi input tentang alam sekitar dan kesedaran kepada peserta-pesertanya mengenai alam sekitar dan mendekati alam semulajadi dengan cara yang menarik serta mencabar. Pelbagai aktiviti seperti ceramah alam sekitar, acara menanam pokok, Jungle Tracking, Flying Fox dan futsal telah disertai sepanjang program ini dijalankan.

Last Updated on Friday, 26 July 2013 08:15
 
PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN
Wednesday, 24 July 2013 08:18

Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan kali ke-5 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris bermula pada 1 Julai 2013.  Objektif pertandingan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti dalam penulisan blog serta berkongsi kandungan blog tersebut.  Hadiah pertandingan menarik iaitu Electronic Gadget & sijil penyertaan .  Untuk maklumat lanjut, sila layari:  http/://ict.upsi.edu.my/ictday

 

Last Updated on Wednesday, 24 July 2013 08:45
Read more...
 
PERTANDINGAN RAKAMAN VIDEO ANJURAN BOH FOREST FRIENDS
Friday, 19 July 2013 05:46

Aktiviti pembasmian hutan sedang hangat dibincangkan. Tetapi adakah semua maklumat tersebut cukup lengkap buat anda? Inilah masanya untuk anda uji pengetahuan anda mengenainya. Kini anda boleh mengarah sebuah video pendek mengenai kepentingan memelihara hutan dan ekosistem negara kita dan menangi hadiah menarik untuk anda dan sekolah anda!

 

Inilah masanya anda berkongsi pengetahuan mengenai alam sekitar dan mengajak rakan-rakan untuk turut serta dalam kempen kami. Jadikan ia sesuatu yang menyeronokkkan, serta rakam video yang menerangkan fakta-fakta mengenai kepentingan hutan dalam cara paling menarik dan kreatif untuk peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM3,000. Video yang menang akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekiranya didapati sesuai, ia akan digunakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 OGOS 2013.  Cara penyertaan ...

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:40
Read more...
 
PAMERAN PROJEK PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SMK MUHIBBAH SEMASA ROADSHOW SERASI DI SMK MERPATI
Monday, 15 July 2013 15:47

Pameran projek Fertigasi dan penghasilan sabun menggunakan minyak masak terpakai telah dibuat di SMK Merpati semasa Roadshow SERASI peringkat daerah Sandakan yang dikelolakan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pelajaran Sabah pada 12 JULAI 2013.  Pn Asiah Tahir, Cikgu Khairul Effendy, Cikgu Florence James dan dua orang pelajar Program Pendidikan Khas telah mengendalikan pameran tersebut sebagai perkongsian kepada komuniti setempat tentang projek alam sekitar yang telah dilaksanakan di sekolah.  Peserta-peserta taklimat SERASI dari sekolah-sekolah menengah dan rendah daerah Sandakan telah didedahkan dengan cara menjimatkan air menggunakan 'drip irrigation system' dan menggunakan semula minyak masak untuk menghasilkan sabun mesra alam sekitar.  Syabas dan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah menjayakan usaha berkongsi idea bagi mempergiatkan program pendidikan alam sekitar di daerah Sandakan.

Last Updated on Thursday, 08 August 2013 19:40
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 10 of 29

MASA AMAT BERHARGA

CUACA HARI INI

BANCIAN PENGGUNA

Sila pilih kekerapan anda melayari laman web sekolah.
 


“When we plant trees, we plant the seeds of peace and the seeds of hope” - Wangari Maathaii

 

Ikuti kami di :



UNDIAN

Pendapat anda tentang laman web ini?
 

BILANGAN PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday41
mod_vvisit_counterYesterday177
mod_vvisit_counterThis week807
mod_vvisit_counterLast week1579
mod_vvisit_counterThis month3787
mod_vvisit_counterLast month5650
mod_vvisit_counterAll days549192

Online (20 minutes ago): 3
Your IP: 54.196.72.162
,
Today: Oct 19, 2017