SUMBANGAN IKAN KOI JEPUN KEPADA SEKOLAH |
Monday, 07 October 2013 13:30 |

Terima kasih kepada En Francis kerana menyumbang 38 anak ikan Koi Jepun untuk projek Akuaponik Muhibbah. Ikan-ikan tersebut telah dilepaskan di kolam ikan pada hari Sabtu bersamaan 5 OKTOBER 2013. |
Last Updated on Monday, 07 October 2013 13:43 |
ldp smk muhibbah hari ke-4: KAJIAN TINDAKAN & I-THINK |
Monday, 07 October 2013 12:54 |



Terima kasih kepada guru-guru cemerlang dalam mengendalikan slot Kajian Tindakan dan cikgu Nurhanani Abd Rahman dalam mengendalikan slot i-Think. Kedua-dua perkara ini amat penting dalam memastikan keberkesanan PdP. Adalah diharap dengan slot-slot perkongsian ini, PdP guru-guru akan menjadi lebih mantap lagi. Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara aktif. |
Last Updated on Monday, 07 October 2013 13:28 |
LDP SMK MUHIBBAH HARI KE-3: PENGURUSAN PANITIA |
Monday, 07 October 2013 12:44 |
 

Pn Normadiah Ali Putus telah berkongsi maklumat dan ilmu tentang pengurusan panitia kepada guru-guru pada 4 OKTOBER 2013. Beliau telah menghadiri kursus Pengurusan Panitia pertengahan tahun 2013 di IAB Utara. Antara tajuk-tajuk bengkel yang dibuat adalah "Mutu & Keberkesanan P & P", "Mata pelajaran & Kelab Akademik", "Cara-cara Memperbaik Prestasi Pelajar", "Strategi Mengajar yang inovatif" dan "Aktiviti Edurace". Syabas dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan slot ini. |
Last Updated on Monday, 07 October 2013 13:17 |
SMK MUHIBBAH WON HONORARY MALAYSIAN GREENTECH AWARD 2013 |
Thursday, 03 October 2013 14:31 |
  
Congratulations to the teachers and students who are involved in the Siphon, Fertigation and Aquaponics projects, better known as the SiFerA programme as our school is given the recognition of Greentech Award. |
Last Updated on Thursday, 03 October 2013 14:38 |
PPKI SMK MUHIBBAH CEMERLANG DALAM MINGGU PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT ZON SANDAKAN 2013 |
Thursday, 03 October 2013 11:10 |

 
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Muhibbah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam Minggu Pendidikan Khas Peringkat Zon Sandakan 2013. Program yang berlangsung selama 5 hari bermula 24 hingga 28 September 2013 ini merupakan program yang bertujuan mempromosi aktiviti dan program pendidikan khas di daerah Sandakan serta mencungkil bakat murid pendidikan khas dari serata tempat seperti Sandakan, Telupid, Beluran dan Kinabatangan. Pelbagai acara diadakan seperti Pertandingan Bola Sepak, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Pertunjukan Fesyen, Bengkel Kraf OKU, Seminar Titian Kasih II serta gerai/jualan dan pameran telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Program Pendidikan Khas SMK Muhibbah muncul sebagai Johan dan Naib Johan Pertandingan Bola Sepak kategori Sekolah Menengah, Johan dan tempat Ketiga Pertandingan Karaoke serta mendapat tempat Ketiga dalam Pertandingan Pertunjukan Fesyen. Syabas dan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat serta AJK Pelaksana Program Minggu Pendidikan Khas Zon 2013 yang melibatkan diri dengan jayanya dalam program ini. |
Last Updated on Thursday, 03 October 2013 11:49 |
SMK MUHIBBAH EDITORIAL TEAM IN ACTION. TALE SPIN HERE WE COME! |
SMK MUHIBBAH IS RECYCLING AGAIN... |
Wednesday, 02 October 2013 17:22 |

 
Broken recycled tiles have been used to repair the base of the leaking fish pond and to cover the concrete slab along the wall at the end of the old buildings. Special thanks to Mr Francis who sponsored the refurbishment. His contribution has made it possible. |
Last Updated on Wednesday, 02 October 2013 19:58 |
HARI PERTAMA LDP SMK MUHIBBAH 2013 |
Wednesday, 02 October 2013 10:26 |

 
Latihan dalam Perkhidmatan bagi guru-guru SMK Muhibbah telah dimulakan dengan slot 'Pengurusan Kelas', 'Bengkel P & P berkesan' dan 'Bengkel Perancangan Strategik Kurikulum 2014 - 2016'. Slot-slot ini dikendalikan oleh pengetua, penolong kanan pentadbiran dan guru-guru mata pelajaran Tingkatan 5 & 6. Syabas kepada semua fasilitator dan guru yang terlibat secara aktif dalam program LDP hari pertama. Selamat berkursus! |
Last Updated on Wednesday, 02 October 2013 18:40 |
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 |
Tuesday, 01 October 2013 15:46 |
Selamat menduduki peperiksaan PMR kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3. Peperiksaan PMR akan bermula pada 2 OKTOBER 2013 DAN BERAKHIR PADA 9 OKTOBER 2013. Jangan lupa bawa slip peperiksaan dan kad pengenalan. Datanglah awal ke sekolah seperti biasa. Kelewatan akan menyebabkan calon tidak dibenarkan masuk ke bilik peperiksaan untuk menjawab kertas soalan. Buatlah yang terbaik. SEMOGA PEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG! |
Monday, 30 September 2013 20:11 |
  
These are some of the Hibiscus species in SMK Muhibbah which are blooming currently. We are still collecting plant species and looking forward to your contribution to our 1000 species collection. |
Last Updated on Monday, 30 September 2013 20:37 |
PELAJAR SMK MUHIBBAH MENYERTAI TEKNORAMA IT 2013 |
Monday, 30 September 2013 17:59 |

  
Syabas kepada 14 orang pelajar SMK Muhibbah yang telah menyertai Fiesta Teknorama IT 2013 peringkat Sandakan anjuran Jabatan Pelajaran Sabah dan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat yang telah diadakan pada 24 - 27 SEPTEMBER 2013. Pelajar-pelajar ini telah didedahkan kepada kemahiran Teknorama IT, Digital Story-Telling dan membuat animasi menggunakan aplikasi Aniclix. Tahniah kerana peserta fiesta ini telah berjaya menghasilkan digital filem pendek yang menarik. Fiesta ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dari SMK Sandakan, SMK Merpati dan SK Ulu Dusun. |
Last Updated on Monday, 30 September 2013 18:25 |
KHIDMAT MASYARATKAT TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN |
Monday, 30 September 2013 12:43 |

  
Projek penyenggaraan Taman Buah Naga di bawah seliaan guru-guru PSK telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 dengan jayanya sepanjang minggu pertama bulan SEPTEMBER 2013. Projek ini adalah sebahagian daripada sukatan pelajaran PSK dan dilaksanakan sejajar dengan program penghijauan sekolah dalam SERASI, LESTARI dan Eco School. Tayar-tayar lama diguna semula sebagai pasu atau batas bagi setiap pokok naga. Syabas kepada semua yang terlibat kerana pokok-pokok naga sudah mulai bertunas. |
Last Updated on Monday, 30 September 2013 20:37 |
SMK MUHIBBAH STUDENTS' CREATIVE LANGUAGE ART WORK DISPLAYED AT THE 'GREAT' TRAINING COURSE |
Wednesday, 25 September 2013 19:01 |

  
The English Language Panel of SMK Muhibbah helped create a wall display of students' language art work at the recent GREAT training course held on 18 & 19th September 2013. The GREAT (Grammar Enhances Teachers' Proficiency) course is an initiative by Sabah Education Department to help enhance English language teachers' proficiency so as to improve the standard of English among students in Sabah. Among the students' work exhibited was 'Tale Spin 2013', 'Mag Inc', 'Let's edit', 'Word Tower', 'Round Robin Writing', 'Let's Goreng', 'Mini Story books', 'iThink' etc. The purpose of this activity is to share experiences and best practices. Thanks to all the students who have actively engaged in the English activities carried out during English language lessons and succeeded in producing interesting and creative products. Thanks must also go to the teachers who helped in preparing materials for the wall display. |
Last Updated on Monday, 30 September 2013 13:23 |
MAJLIS POHON RESTU BAGI CALON PEPERIKSAAN PMR |
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA CALON PMR SMK MUHIBBAH |
Wednesday, 25 September 2013 05:12 |
Peperiksaan PMR akan berlangsung dari 2 - 3 OKTOBER 2013 dan bersambung semula pada 7,8 & 9 OKTOBER 2013. Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3, teruskan ulangkaj intensif. Semoga semua pelajar dapat menjawap peperiksaan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang! |
Last Updated on Wednesday, 25 September 2013 05:18 |
|