KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SMK MUHIBBAH SANDAKAN |
Friday, 18 October 2013 13:53 |
 
Kursus Pengurusan Jenazah telah dilaksanakan oleh panitia Pendidikan Islam dengan jayanya pada 18 OKTOBER 2013. Kursus ini telah disampaikan oleh Imam Mulyadi Kasimin dari masjid Indah jaya. Pelajar lelaki berada di bahagian atas manakala pelajar perempuan menyaksikannya secara live streaming di bahagian bawah surau. Syabas kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 di atas penglibatan anda semua dan syabas kerana balik ke sekolah untuk melaksankan program pasca PMR. Terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Agama Islam kerana merealisasikan program ini.
|
Last Updated on Saturday, 19 October 2013 08:29 |
MINGGU GEDUNG ILMU: AKTIVITI EDURACE SMK MUHIBBAH |
Friday, 18 October 2013 13:45 |
 
Minggu Gedung Ilmu masih berlangsung pada 16 OKTOBER 2013. Pelajar-pelajar telah melibatkan diri dalam EduRace. Syabas kepada semua pelajar. Terima kasih kepada guru-guru yang memimpin dan membimbing pelajar dalam aktiviti-aktiviti tersebut. |
Last Updated on Wednesday, 19 March 2014 04:59 |
PROJEK PENGUMPULAN DAN PENGAWETAN SPESIS SERANGGA DAN TUMBUHAN BIOLOGI SMK MUHIBBAH 2013 |
Wednesday, 16 October 2013 10:21 |
Kepada semua pelajar Tingkatan 3, anda dikehendaki hadir ke sekolah untuk melaksanakan program Pasca PMR seperti yang dijadualkan di bawah.
16 Okt 2013
(Rabu)
|
Edu Race
|
17 Okt 2013 (Khamis)
|
Craft Felt
Pertandingan Mencipta Ilustrasi Buku
|
18 Okt 2013
(Jumaat)
|
Kursus Pengurusan Jenazah
Ceramah Motivasi
|
21 Okt 2013
(Isnin)
|
Taklimat Vokasional (UBK)
Majlis Penutupan Minggu Gedung Ilmu
|
22 Okt 2013
(Selasa)
|
Program Memperkasa I-think (Sejarah)
|
23 Okt 2013
(Rabu)
|
Karnival P.Jasmani / 1M 1S untuk pelajar Tingkatan 3
|
24 Okt 2013
(Khamis)
|
Permainan Tradisional
|
25 Okt 2013
(Jumaat)
|
Battle Of The Band
|
28 Okt 2013
(Isnin)
|
Kursus Asas Sembelihan
|
29 Okt 2013
(Selasa)
|
Buku Skrap B Melayu
|
30 Okt 2013
(Rabu)
|
Pena Kreatif
Cerpen, Sajak, Kartun Islamik, Seni Khat
|
|
Last Updated on Wednesday, 16 October 2013 10:23 |
BORANG BERHENTI SEKOLAH BAGI PELAJAR TINGKATAN 5 DAN 6 ATAS |
Wednesday, 16 October 2013 10:12 |
Semua pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas 2013 diminta untuk menyerahkan borang berhenti sekolah yang lengkap bersama gambar paspot kepada guru kelas masing-masing bagi membolehkan proses penyediaan sijil berhenti sekolah dibuat dengan lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sijil berhenti sekolah tidak dapat dikeluarkan pada tahun ini.
Sekian harap maklum. |
Last Updated on Wednesday, 16 October 2013 10:15 |
Wednesday, 16 October 2013 11:07 |

|
Wednesday, 16 October 2013 09:55 |
Program 1M2KG kini kembali lagi!! Jom warga SMK Muhibbah jayakan program ini sekali lagi bersama-sama.

|
Last Updated on Wednesday, 16 October 2013 10:03 |
BENGKEL ULANGKAJI SEJARAH TINGKATAN 4 UNTUK CALON-CALON SPM SMK MUHIBBAH 2013 |
Monday, 14 October 2013 08:40 |
 
Syabas kepada Cikgu Umi dan Cikgu Fidelis kerana telah berjaya memastikan kelancaran bengkel Ulangkaji topik-topik tingkatan 4 Sejarah bagi calon-calon SPM yang akan menduduki peperiksaan akan datang ini. Bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 11 OKTOBER 2013. Terima kasih kepada penceramah dan fasilitator iaitu Pn Poh Siew Boon kerana memberikan tips penggunaan peta minta dan cara mengingat muda melalui pendekatan 'acronyms' dan 'cerita bermakna'. Semoga pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan teknik-teknik yang dikongsi bagi memperoleh keputusan yang cemerlang! |
Last Updated on Monday, 14 October 2013 08:48 |
SMK MUHIBBAH MENANG ANUGERAH TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN |
Monday, 14 October 2013 08:12 |
 
Tahniah kepada warga SMK Muhibbah atas kemenangan dan pengiktirafan Anugerah 'Green Tech School Award 2013' peringkat kebangsaan. Sebanyak enam buah sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah teknologi hijau iaitu SMK Kepala Batas, Kedah, SMK Majakir, Sabah, SMK Muhibbah, Sabah, SMK Seri Muda Penaga, Seberang Perai Utara, SMK (P) St George, Pulau Pinang dan SMK Datuk Bahaman, Lanchang Pahang. Syabas dan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menggerakkan projek SiFerA. Perjuangan masih belum selesai. Amalan teknologi hijau masih perlu diteruskan. |
Last Updated on Monday, 14 October 2013 08:28 |
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAN GRADUASI PRA UNIVERSITI SMK MUHIBBAH 2013 |
PASUKAN KELAB MUZIK SMK MUHIBBAH MENGGEGARKAN DEWAN YU YUAN, SANDAKAN |
Monday, 14 October 2013 07:22 |


Tahniah kepada pasukan muzik SMK Muhibbah di bawah pimpinan Cikgu Wong Shung Shung dan Cikgu Lau Xin Jie yang berjaya membuat persembahan angklung yang begitu mempesonakan di Dewan Yu Yuan pada 12 OKTOBER 2013. Pasukan SMK Muhibbah telah membawa tema 1 Malaysia melalui pakaian tradisional kaum dan etnik yang ada di Malaysia. Syabas! |
Last Updated on Monday, 14 October 2013 07:29 |
PERTANDINGAN FOTOGRAFI MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA 2013 |
Wednesday, 09 October 2013 19:46 |

Guru-guru dan pelajar-pelajar dialu-alukan menyertai pertandingan Fotografi Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013. Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia ahli RAS berumur 18 tahun ke atas. Bagi mereka yang berminat, bolehlah dapatkan maklumat lanjut di http://www.doe.gov.my/webportal/info-hebahan/pengumuman-bergambar/pertandingan-fotografi-khazanah-alam-sekitar-ciptaan-tuhan-sempena-minggu-alam-sekitar-malaysia-2013/ |
Last Updated on Thursday, 10 October 2013 05:04 |
PELANCARAN MINGGU GEDUNG ILMU SMK MUHIBBAH SANDAKAN |
Wednesday, 09 October 2013 19:19 |
Minggu Gedung Ilmu SMK Muhibbah akan dilancarkan oleh YB Datuk Au Kam Wah pada 10 SEPTEMBER 2013, jam 8 pagi. Pelbagai aktiviti galakan membaca akan dianjurkan. Pelajar-pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif bagi membina minda yang progresif, kreatif dan kritis. Mari lah kita sama-sama membudayakan amalan membaca. |
Last Updated on Wednesday, 19 March 2014 05:02 |
LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK KUHARA TAWAU KE SMK MUHIBBAH SANDAKAN |
Wednesday, 09 October 2013 15:22 |
SMK Kuhara Tawau akan membuat lawatan sambil belajar ke Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Muhibbah pada 24 OKTOBER 2013, jam 9 pagi hingga 11 pagi. Serama 40 orang yang dijangka terlibat dalam lawatan ini. (25 orang pelajar, 10 guru, PPM 1 orang dan 4 orang ibu bapa) Kepada semua guru dan pelajar yang terlibat, sila membuat persediaan awal. |
SMK MUHIBBAH WILL BE PUBLISHING A BOOK ON OUR EXPERIENCE IN TALE SPIN 2013 |
Monday, 07 October 2013 13:30 |
Well done to the Tale Spin editorial committee! The StarNIE has finally allowed us to use the Tale Spin logo in Muhibbah Tale Spin book that will feature students' creative storyboards. Keep up the good work! |
Last Updated on Monday, 07 October 2013 13:47 |
|