Login Form



PELAJAR CEMERLANG

-Sedang Dikemaskini-

MUTIARA KATA

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius.


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."



Ads on: Special HTML

FASA BULAN


Ads on: Special HTML


SELAMAT DATANG KE LAMAN MUHIBBAH!
PAMERAN SENI VISUAL
Written by Administrator   
Tuesday, 09 October 2018 13:20

Last Updated on Tuesday, 09 October 2018 13:35
 
PROGRAM SOLAT HAJAT & KEROHANIAN PT3 DAN MAJLIS RESTU ILMU
Written by Administrator   
Monday, 08 October 2018 10:18

Last Updated on Monday, 08 October 2018 10:39
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Written by Administrator   
Wednesday, 03 October 2018 08:27

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2018

Program ini diadakan pada 5 Mei 2018 bertempat di Pasir Putih Sandakan. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 6 , guru- guru dan ibubapa. Tujuan program ini adalah  memupuk sikap cintakan alam sekitar serta menjaga kebersihan persekitaran. Majlis Perbandaran Sandakan turut membantu menjayakan program khidmat masyarakat ini dan  disempurnakan oleh En. Lim Kai Min.

Last Updated on Monday, 08 October 2018 10:04
 
CERAMAH MOTIVASI 2018
Written by Administrator   
Thursday, 13 September 2018 10:59

SEMINAR MOTIVASI SMK MUHIBBAH 2018

Pada 7 Julai 2018 bertempat di Sabah Hotel, satu program seminar motivasi diadakan untuk memberi kesedaran pendidikan dan masa depan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini iaitu SPM dan STPM. Pakar Motivasi CR Hj Mohd Makhtar Imam Hj Nor di jemput untuk berceramah dan berkongsi pengalaman dan tips berguna  kepada pelajar.

 
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN MOHON RESTU SPM DAN STPM 2017
Written by Administrator   
Monday, 06 November 2017 09:42

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN MOHON RESTU SPM DAN STPM 2017

MAJLIS INI DIADAKAN PADA 3 NOVEMBER 2017 BAGI MEMOHON KETENANGAN HATI DAN MEMOHON RESTU GURU- GURU  BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEBENAR SPM DAN STPM 2017 YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 6 NOVEMBER 2017. SELAMAT BERJUANG KEPADA PELAJAR INI DAN SEMUA GURU MENDOAKAN KEJAYAAN PELAJAR YANG DISAYANGI

Last Updated on Monday, 06 November 2017 09:51
 
HARI ANUGERAH SMK MUHIBBAH
Written by Administrator   
Monday, 06 November 2017 09:14

HARI ANUGERAH SMK MUHIBBAH 2017

Hari anugerah dirasmikan oleh YB Datuk Au Kam Wah Adun N45 Elopura. Majlis ini sebagai penghargaan kepada pelajar yang menonjol dalam aspek kurikulum dan kokurikulum

 
lawatan pengetua pengetua dari daerah Semporna
Written by Administrator   
Thursday, 19 October 2017 08:59

Last Updated on Thursday, 19 October 2017 09:10
 
PERKHEMAHAN PENGAKAP KHAS SMK MUHIBBAH SANDAKAN
Monday, 25 July 2016 13:55

Tarikh : 19 - 21 Julai 2016

Tempat : Scout Nature Park Sandakan]

Bilangan Murid Terlibat : 58 orang (6 Patrol)

Bilangan Guru dan PPM Terlibat : 16 Orang

Objektif Program : 1) Pengurusan Diri (Peserta Perkhemahan / MBK)

2) Pengurusan Perkhemahan (Pemimpin Pengakap)

 

 
PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN ANJURAN UNIT KEBAJIKAN STAFF PENDIDIKAN KHAS SMK MUHIBBAH
Monday, 25 July 2016 12:33

Bantuan keperluan harian dan berbuka kepada murid-murid ipendidikan khas sempena Ramadhan Al-Mubarak anjuran Unit Kebajikan Staff Pendidikan Khas SMK Muhibbah

Tarikh : 01 Julai 2016

Tempat : Ruang Serbaguna Blok Pendidikan Khas

Last Updated on Monday, 25 July 2016 13:54
 
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SABAH 2016 ; Tahniah SMK Muhibbah Sandakan atas Komitmen Cemerlang
Friday, 06 May 2016 10:26

Tahniah diucapkan kepada semua guru, pembantu pengurusan murid, pelajar pendidikan khas, guru pengiring Unit Beruniform serta pelajar perdana (sukarelawan dan Unit Beruniform) SMK Muhibbah Sandakan ylang telah berkerja keras menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2016.  Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 02 hingga 05 Mei 2016 di Stadium Kompleks Sukan Sandakan. Tahniah atas kejayaan PPKI SMK MUHIBBAH sebagai pengelola utama kejohanan dan dengan cemerlangnya meraih JOHAN PERBARISAN KONTIJEN SANDAKAN.  Kejohanan ini turut menyaksikan ZON SANDAKAN sebagai NAIB JOHAN KESELURUHAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2016. Tahniah dan semoga Pendidikan Khas SMK Muhibbah terus cemerlang di masa akan datang.

 
Lawatan Sambil Belajar PPKI SMK Muhibbah Sandakan 2016
Friday, 06 May 2016 09:39

Pada 11 hingga 16 April 2016, PPKI SMK Muhibbah telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Johor Bahru dan Singapura.  Seramai 14 orang murid dan 9 orang guru termasuk seorang pembantu pengurusan murid (ppm) telah menjayakan program ini yang merupakan antara program tahunan yang dinantikan para pelajar.  Objektif program lawatan ini ialah untuk memberi pendedahan sosial pelajar pendidikan khas di samping memberikan idea-idea baru dan pengalaman menarik kepada peserta rombongan.  Tempat menarik yang dilawati ialah seperti Pendidikan Khas SMK Taman Sutera Johor Bahru,Taman Fertigasi KEJORA, Desaru Fruit Farm, Muzium Nelayan Bandar Penawar, Universal Studio Singapura, Pasar Malam Karat, Danga Bay dan beberapa tempat menarik lagi sekitar Bandaraya Johor Bahru.

Last Updated on Friday, 06 May 2016 10:18
 
NAIB JOHAN PERTANDINGAN FORUM REMAJA DAERAH SANDAKAN
Friday, 22 April 2016 12:23

Tahniah diucapkan kepada pasukan Forum Prauniversiti SMK Muhibbah kerana mendapat tempat kedua dalam pertandingan Forum Remaja Bahagian Sandakan. Pasukan forum ini disertai oleh Norshahirah Binti Sharif Zakaria, Nurul Shafieekah binti Nordin, Nur Atirah Fatin Binti Amir Sabri, Norazliana Binti Daslam dan Mohd Rahman Bin Awang Aman. Selain itu, Nur Atirah Fatin Binti Ambir Sabri mendapat anugerah Pengerusi Terbaik.

Last Updated on Friday, 22 April 2016 12:35
 
LAWATAN PENANDAARASAN PRAUNIVERSITI KE SMK BANDARAYA II DAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KOTA KINABALU
Tuesday, 19 April 2016 09:53

Pada 23 hingga 26 Mac 2016, Prauniversiti SMK Muhibbah telah mengadakan lawatan Penandaarasan ke SMK Bandaraya II dan Universiti Malaysia Sabah. Sebanyak 17 orang guru dan 22 Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti yang diketui oleh Penolong Kanan Tingkatan Enam En.Henry Kwan Moon Loon menyertai lawatan ini.

Objektif utama lawatan ini ialah berkongsi maklumat dan idea berkaitan pengurusan pusat Prauniversiti. Kedua,menjalin hubungan kerjasama antara pelajar dan pensyarah prauniversiti SMK Muhibbah  dengan warga pendidik Prauniversiti Sabah. Ketiga lawatan merupakan kaedah pengajaran yang mampu memberikan situasi sebenar kepada pelajar dan mampu merangsang minda pelajar.

Disamping itu, peserta turut melawat ke beberapa tempat menarik di Kota Kinabalu dan Kundasang seperti Ladang Teh Sabah, Rumah Terbalik, dan  Kundasang War Memorial. Tempat yang dikunjungi telah memberikan satu pengalaman yang indah kepada peserta terutamanya kepada pelajar.

Last Updated on Tuesday, 19 April 2016 11:48
 
PELAKSANAAN PROGRAM SUNTIKAN HPV DOS 1 UNTUK PELAJAR TINGKATAN 1
Monday, 01 February 2016 09:06

PROGRAM SUNTIKAN HPV DOS 1

TARIKH : 27 dan 28.01.2016

HARI : Rabu dan Khamis

Masa : 7.00 pagi

Sasaran : Pelajar Perempuan Tingkatan 1

Last Updated on Monday, 01 February 2016 09:18
 
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD SANDAKAN; PASUKAN BOLA JARNG SEKOLAH TEMPAT KE-4
Monday, 01 February 2016 08:44

Pasukan Bola Jaring Sekolah bawah 15 tahun mencatat tempat ke-4 di Kejohanan Bola Jaring MSSD Sandakan selepas menempuhi 5 kali perlawanan dengan mengalahkan SMK Sandakan 2 dan SMK Elopura Bestari.  Pasukan sekolah ini kemudian mencatat seri kepada SM Sung Siew tetapi kalah kepada MRSM dan SMKA Tun Juhar Sandakan.  Pasukan Bola Jaring Sekolah bawah 18 tahun pula hanya mampu mara ke suku akhir.  Percubaan yang baik dan teruskan usaha kepada jurulatih dan pasukan Bola Jaring Sekolah. Semoga mampu meraih kemenangan yang lebih cemerlang dimasa akan datang.

Tarikh Pertandingan : 22 - 24 Januari 2016

Tempat : Dewan SMK Tinusa

Jurulatih : Pn. Fitriani Ahmad Kamal dan Pn. Shahidah Osman

Pengurus Pasukan : Pn. A.Sarimah A.Mustapeng

 

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 29

MASA AMAT BERHARGA

CUACA HARI INI

BANCIAN PENGGUNA

Sila pilih kekerapan anda melayari laman web sekolah.
 


“When we plant trees, we plant the seeds of peace and the seeds of hope” - Wangari Maathaii

 

Ikuti kami di :



UNDIAN

Pendapat anda tentang laman web ini?
 

BILANGAN PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday474
mod_vvisit_counterYesterday962
mod_vvisit_counterThis week3494
mod_vvisit_counterLast week2118
mod_vvisit_counterThis month5897
mod_vvisit_counterLast month11661
mod_vvisit_counterAll days655008

Online (20 minutes ago): 15
Your IP: 35.175.190.77
,
Today: Dec 15, 2018